Siapa je yang tidak kenal dengan wakil rakyat yang kacak bergaya ini, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Beliau baru sahaja memulakan perniagaan pertamanya iaitu membuka restoran makanan popular tempatan.
Menerusi perkongsian dilaman facebook beliau semalam, wakil rakyat Ahli Parlimen Muar ini berkata restoran yang diberia nama Santan 163 Retail Park itu menyediakan hidangan Nasi Lemak Pak Nasser dan juga Nasi Ayam Uncle Chin.
Sebenarnya YB Syed Saddiq sudah lama berhasrat untuk membuka perniagaan sendiri sebelum ini kerana ingin menyediakan peluang kerja kepada orang muda tetapi belum ada kesempatan. Tetapi Alhamdullillah kini beliau sudah berjaya menjadi rakan niaga Santan 163 retail Park.
My first business journey! Say hi to Santan 163 Retail Park!Sebenarnya dah lama saya nak buka perniagaan sendiri tapi belum ada kesempatan. Saya merancang untuk mencari banyak perniagaan yang berpotensi besar untuk menyediakan peluang kerja kepada orang muda.Alhamdulillah, hari ini saya telah menjadi rakan niaga Santan 163 Retail Park.
Pada masa yang sama, Syed Saddiq juga turut merancang untuk melancarkan kempen #SADDIQsapotLOKAL. Yang mana kempen tersebut beliau menjadi rakan kongsi perniagaan kecil dan sederhana di luar sana. Kempen tersebut menfokuskan kepada menyediakan peluang kerja dan perniagaan kepada anak muda.
Walaubagaimanapun, Kempen tersebut masih dalam proses persiapan. Jadi buat masa ini beliau menjemput orang ramai untuk datang ke Santan Mont Kiara terlebih dahulu.
Sumber: Fb Syed Saddiq