Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » Gerai Ini Jual Tacos Yang Murah, Sedap & Rangup Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM2.50!

Gerai Ini Jual Tacos Yang Murah, Sedap & Rangup Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM2.50!

Kategori: ,
Tacos Sedap Dan Rangup

Adakah anda penggemar makanan Mexico? Jika ya, apa kata jom singgah ke gerai ini yang menjual Tacos sedap dan rangup ini. Boleh didapati dengan harga hanya RM2.50! Murah bukan?

Gerai Ini Jual Tacos Yang Murah, Sedap & Rangup Di Kuala Lumpur Dengan Harga RM2.50!

Hungry Bee Tacos Malaysia merupakan gerai yang menjual tacos dan burrito dengan harga yang murah. Gerai ini mula beroperasi pada 2017.

Gerai ini terletak di Jalan Wangsa Melawati 3, terletak di hadapan Carwasah Wash Das Auto Center. Kalau anda berminat, bolehlah cari gerai itu seperti gambar di atas ya.Tacos ini mempunyai kulit yang rangup. Ada dua pilihan untuk dipilih iaitu daging lembu dan ayam.

Ia juga didatangkan dengan hiasan bawang yang dicincang, lobak merah dan green salsa. 1 keping tacos hanya berharga RM2.50Anda juga boleh mencuba burrito yang dijual di gerai ini. Ianya hanya berharga RM6.80 setiap satu. Ia juga mempunyai 2 pilihan iaitu daging lembu dan ayam. Dibalut bersama sos avacado dan fresh green salsa.Jadi, jangan lupa singgah jika anda sedang mencari makanan Mexico dengan harga yang berpatutan di Kuala Lumpur!

Alamat cawangan:

  • Wangsa Melawati, Jalan Wangsa Melawati 3 (di hadapan Carwash Wasch Das Auto Center)
  • Setiawangsa (di hadapan Rosyam Mart)
  • Sri Rampai, Jalan Seri Rejang 1 – Rasik Sri Rampah

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari, 12 tengah hari – 10 malam

Status: Pork-Free

tags: | |