Sejak COVID-19 menjelma macam-macam kesusahan yang kita dengar dan alami kan? Susahnya hidup di saat dunia seperti sekarang. Kalau nak hidup senang waktu sekarang boleh sahaja tetapi usaha pun kena lebih. Seperti apa yang dikongsi oleh seorang lelaki di laman facebook ini. Dia terpaksa buat banyak kerja dalam satu masa.
Macam-macam yang dibuatnya. Daftar banyak delivery app dan ambil upah masukkan cili boh dalam plastik. Demi apa? Demi kesenangan hidup. Tetapi disaat dia susah payah buat macam-macam untuk hidup senang datang pula kawan yang minta pinjam duit sebanyak RM1000. Tetapi sebab tak boleh bagi pinjam kawan tu sanggup unfriend. Alasannya mudah sahaja, nampak kawan senang dan sengaja tak mahu bantu.
Kena unfren arini…pasal kawan nak pinjam duit…rm1000…aku cakap xde..duit ada cukup2 je utk survive bulanan…Dia kata nampak aku makan ngan isteri kat madam kwan…xkan xde duit…(masa sambut anniversary aritu..)Dia nampak yg sedap je…macam mana susahnya nak dapatkan yg sedap tu dia x tahu…
Tapi cuba kita fikir, kita dah usaha macam-macam. Buat kerja macam-macam dalam satu masa. Duit yang ada pula cukup-cukup untuk survive bulanan sahaja. Kalau bagi pinjam juga nanti kita pun terdesak kan?
Aku buat mcm2 kerja semata2 nak sustain expenses n commitment supaya tak terjerumus ke lembah bad debts mcm 10 tahun dulu…buat bisnes sekarang dah x macam dulu…orang kurang sangat2 nak membeli….So kalau dah xleh harapkan bisnes, kita kena kerja la…aku mahir jalan2 KL Selangor…so daftar banyak delivery app…tawarkan diri kat restoran2 utk servis direct tanpa guna app…dengan waranti yang kalau hujan lebat pun aku akan tetap hantarkan…Hujung minggu pagi2 kalau free n sihat, ambik upah 3jam masukkan cili boh dalam plastik guna gayung kat pasar borong…mata pedih tangan panas usah citer la…Kalau siap pack awal, kena tolak troli hantar barang ke kereta customers…dapatla rm60….kekadang customers bg tips rm1-rm5 dptla lebih…
Belum kira kos maintenance, repair motor rosak lagi…maklumla heavy duty n long distance bawa hari2 kat laluan jalan rosak xde kualiti turapan kat Malaysia ni….
Tu belum kira maintenance BM…insurance mati lagi 3 bulan nak kena kumpul duit…sape suh gatal beli? aku beli bulan Feb…mana aku nak tau bulan March satu dunia akan closed border kena covid dan affect economy….But in the end, i’ll fight my own battles, suffer n bleed from them, for the sake of my own family….
Hope you do the same for yours, instead of blaming others if they can’t help you in this toughest times…
Menurut lelaki yang dikenali dengan Aizuddin Ismail ini, dia membuat pelbagai kerja untuk meneruskan kehidupan di ibu kota demi menyara keluarganya. Pelbagai usaha dan kerja dilakukan dari pagi sehingga ke petang. Ada ketika segala perit jerih tidak pernah dikongsikan di media sosial, namun apa yang dilihat orang adalah hanya yang indah-indah belaka. Diri sendiri je yang boleh merasai semuanya.