Rata-rata kebanyakan orang sekarang membeli nasi impit segera yang dijual di pasaraya tanpa bersusah payah membuat sendiri. Hanya perlu direbus sebelum dimakan.
Tetapi, ada sesetengah orang mengatakan bahawa bahaya memakan nasi impit dalam dalam plastik kerana ia berisiko menjadi penyebab kanser. Tapi benarkah? Jom baca jawapan kepada persoalan ini yang dikongsikan oleh seorang pakar kimia, Dr. Fatimah Salim.
Doc. Nak tanya, adakah plastik nasi impit instant yg banyak di pasaran sekarang memang selamat walaupun di rebus berjam jam?
Ramai yang bertanya mengenai keselamatan memasak dan memakan ketupat segera yang dibungkus dengan plastik.
Hasil selidikan saya, jenis plastik yang digunakan untuk membungkus ketupat ini ialah daripada bahan kimia jenis high density polyethylene (HDPE), kod RIC No.2. Jenis plastik ini boleh tahan haba sehingga 120 degree Celsius.
Aplikasi suhu lebih tinggi daripada ini akan menyebabkan integriti bahan binaannya (material) akan terganggu. Namun, usah risau, suhu merebus air paling tinggi boleh dicapai dengan cara biasa ialah 105 degree Celsius.
Tambahan pula jenis plastik ini tidak mengeluarkan bahan kimia berbahaya seperti phthalates, BPA dan styrene yang dikaitkan dengan masalah kesihatan. HDPE adalah salah satu jenis plastik yang paling selamat digunakan.
Cuma, pastikan ikut arahan pada label. Pastikan juga air merebus cukup supaya tidak berlaku sentuhan terus ke peralatan memasak kerana plastik ini boleh cair dek kerana daya pengalir haba logam (bahan binaan peralatan memasak) yang tinggi.
Saya sertakan jenis-jenis plastik (boleh lihat RIC pada label) yang selamat digunakan dalam makanan.
Nota: Gunakan plastik-plastik ini sesuai dengan tujuannya. Jika dijadikan bekas guna semula juga harus bersesuaian dengan ketahanannya.
Takut nak makan ketupat segera, risau kena kanser?
Buat ketupat sendiri guna plastik bungkus lauk?
Sumber: Dr. Fatimah Salim