Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tak Pernah Cuci Periuk, Guna Kuah Sup Yang Sama Sejak 46 Tahun Yang Lalu Rahsia Menjadikan Mihun Sup Restoran Ini Laris

Tak Pernah Cuci Periuk, Guna Kuah Sup Yang Sama Sejak 46 Tahun Yang Lalu Rahsia Menjadikan Mihun Sup Restoran Ini Laris

Kategori:
sup 45 tahun

Pelik kan? 46 tahun menggunakan sup yang sama, tetapi tak pernah dengar kes keracunan dilaporkan dari pemakan yang makan kuah sup dari sebuah restoran di Thailand ini.

Pemilik restoran Wattan Panich, Nattapong Kaweenuntawong berkata kuah sup yang sama digunakan sejak 46 tahun yang lalu adalah salah satu rahsia mihun sup di restorannya laris.

Kerak terkumpul merupakan antara penyebab mihun sup sedap

Menurutnya, kerak-kerak sup yang terkumpul merupakan satu resepi rahsia yang menjadikan mihun sup di restorannya lebih sedap dan mempunyai rasa yang unik.

Periuk tersebut untuk mereneh mihun sup daging atau dalam bahasa Thailand ia dikenali dengan nama neua tune.

Hampir 45 tahun, sejak hari pertama kedai ini beroperasi sehinggalah ke hari ini, kami tidak pernah membuang kuah sup. Ia akan disimpan semula bagi dijadikan bahan asas untuk sup kami untuk hari esok.

Jelas Kaweenuntawong lagi kepada media pada tahun 2019, kuah supnya yang berusia 45 tahun tersebut mempunyai aroma dan rasa yang unik. Menariknya, selama kedai tersebut beroperasi, tiada pelanggan yang pernah jatuh sakit atau mengalami keracunan makanan disebabkan supnya yang berusia hampir separuh abad itu.

Apabila kami habis berniaga, kami akan terus memanaskan sup itu untuk semalaman dengan api yang perlahan. Esoknya, kami cuma tambah sahaja bahan apa yang perlu untuk menghasilkan sup itu.

Bahan utama untuk menghasilkan bihun sup yang sedap adalah kuah sup lama, daging lembu, perut lembu, bebola daging, daun sup dan mihun.

Dalam masa yang sama, Kaweenuntawong  juga turut dibantu oleh ibu dan isterinya dalam memajukan restoran ini. Lelaki yang berusia 40 tahun ini dikatakan generasi ketiga dalam keluarganya yang mengusahakan restoran unik itu.

tags: