Harga ayam yang kian disebut menimbulkan isu di negara ini kerana ketidakstabiln harga dan bekalan yang terumbang-ambing. Selain itu, caj pemotongan ayam yang dikenakan sesetengah peniaga juga menjadi isu yang dibincang hangat kerana ketidak tepatan harga berlaku.
Baru-baru ini, seorang peniaga ayam menyifatkan penjual yang meletakkan harga tinggi untuk ternakan itu seperti individu yang mahu ke Mekah ‘balik hari’.
Zukila Deraman yang terkenal kerana harga ayam murahnya di Kelantan berkata peniaga terbabit meletakkan harga tinggi kerana sebab tersendiri. Mereka mahukan margin dengan keuntungan yang besar.
Katanya harga daripada pihak pemborong sebenarnya sudah wajar dan memadai.
“Pemborong letak harga molek (murah) dah, tapi geng peniaga saja yang jual harga tinggi RM8.50 hingga RM9 sekilogram.
“Nak untung banyak, untung RM5 atas seekor ayam, itu yang jadii masalah,” katanya dalam satu perkongsian video di media sosial berkenaal isu ayam mahal ini.
Kerana itu, kata Zukila, orang ramai kecoh apabila dia menawarkan ayam pada harga RM6.99 sekilogram.
Terdahulu, Zukila, 44 yang lebih dikenali sebagai Jukee Ayam menarik perhatian ramai kerana harga yang ditawarkannya itu jauh lebih murah. Ia dibandingkan dengan harga siling ditetapkan kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram.
Katanya, harga jualannya itu sudah memberi keuntungan memandangkan harga ayam ladang daripada pembekal ialah antara RM5.50 hingga RM6.30 sekilogram.
Justeru jelas Jukee, peniaga tidak sepatutnya menjual ayam dengan harga mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan besar tetapi akhirnya pembekal juga akan menaikkan harga jualan mereka.
“Kebanyakan peniaga dapat bekalan daripada pembekal sama dengan harga yang sama sahaja, jadi semuanya bergantung kepada peniaga. Sekiranya peniaga mahukan keuntungan lebih, mereka akan menjual dengaan harga mahal.
Tambahnya lagi, kesan yang menyeluruh akan berlaku apabila peniaga menaikkan harga ayam dengan tinggi dan dewenang-wenangnya.
“Tetapi perlu ingat, apabila kita menjual dengan harga yang mahal bukan sahaja ia membebankan pengguna, sebaliknya pembekal juga akan mengambil kesempatan menaikkan harga dengan alasan peniaga mendapat keuntungan tinggi,” katanya yang mempunyai tujuh cawangan kedai ayam proses.
Sumber: Jukee Ayam
Baca lagi: Video Gaul Ayam Tanpa Sarung Tangan Dipertikai Netizen, Ada Yang Setuju Ada Yang Tidak