Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Perlu Ke Korea, Buat Sendiri Jer Topokki Kat Rumah

Tak Perlu Ke Korea, Buat Sendiri Jer Topokki Kat Rumah

Kategori:
Korean Rice Cake

Siapa yang suka tengok drama Korea mesti tahu Topokki ni apa. Ia merupakan Korean Rice Cake yang merupakan snek kepada rakyat Korea. Orang Malaysia pun ramai yang suka Topokki ni sebab pengaruh drama mereka la kan? Lagipun kedai Korea dah banyak dibuka di Malaysia.

Tapi musim PKP ni susah nak dapat, jadi apa kata jom cuba buat sendiri je. Jom ikuti resepi Topokki perkongsian dari Zurina Zulkefli.

Resepi Topokki (Korean Rice Cake)

Bahan-bahan Topokki:

  • 1 cawan tepung pulut
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • Secubit garam
  • Sedikit minyak bijan
  • Air suam

Cara-cara buat Topokki:

  1. Campurkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh. Doh sepatutnya tidak melekat di tangan.
  2. Kemudian uli doh secara memanjang dan potong kecil.
  3. Sapukan minyak bijan atas pinggan, dan letakkan topokki seterusnya kukus selama 5 minit.
  4. Setelah dikukus, rendamkan topokki ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalan tepokki.

Bahan-bahan kuah Topokki:

  • 3 ulas bawang putih yg dicincang
  • 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi
  • Sedikit air
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar gula
  • Sesudu kecil stok ayam

Cara-cara kuah Topokki:

  1. Panaskan sesudu besar minyak masak kemudian tumiskan bawang putih yg dicincang sehingga bau wangi.
  2. Masukkan 1 sudu besar pes cili giling jenama Adabi, sedikit air, 1 sudu besar: sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan sesudu kecil stok ayam. (Kalau nak pedas sangat, boleh masukkan sos pedas Korea Adabi).
  3. Kacau rata sehingga kuah likat rasa pedas pedas manis.
  4. Masukkan topokki dan hirisan sosej ke dalam kuah dan masak beberapa minit.
  5. Sedia dihidang bersama telur ayam rebus dan taburan biji bijan.

 

Kredit: Zurina Zulkefli

Selamat mencuba!

 

tags: