Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Wanita Ini Dikecam Sebab Tak Reti Beza Perkataan Babi Dalam Bahan Rampah, Netizen Komen Ini Pentingnya English Education!

Wanita Ini Dikecam Sebab Tak Reti Beza Perkataan Babi Dalam Bahan Rampah, Netizen Komen Ini Pentingnya English Education!

Kategori:
bahan rempah

Dalam pembungkusan makanan, biasanya setiap makanan akan dilabel dan disenaraikan bahan-bahan yang terkandung dalam sesuatu makanan atau minuman tersebut. Ia bertujuan untuk memberi informasi kepada pelanggan tentang kandungan di dalam makanan atau minuman yang ingin dibelinya itu.

Wanita Ini Dikecam Sebab Tak Reti Beza Perkataan Babi Dalam Bahan Rampah, Netizen Komen Ini Pentingnya English Education!

bahan rempah

Menyebut hal itu, ada satu kisah yang tular semalam tentang seorang wanita yang tersalah menyampaikan informasi tentang kandungan dalam bahan rempah. Menurut video berkenaan, wanita itu mengatakan bahawa rempah atau seasoning powder yang ingin dibelinya mempunyai kandungan bahan babi. Tetapi sebenarnya, ia bukan bermaksud demikian.

Di dalam senarai kandungan bahan rempah tersebut, ia bukanlah memberitahu pengguna bahawa rempah tersebut mempunyai babi. Tetapi hanyalah untuk memberitahu senarai makanan yang boleh digunakan untuk memerap makanan menggunakan rempah tersebut.

“Aku tak tahu la aku baru tahu ke pasal ni atau memang korang pun baru tahu. Korang kena hati-hati sebab beberapa rempah di sini mengandungi bahan babi. Saja-saja tadi cari seasoning untuk perap ayam sejak nak start diet. Nasib lah mak ni jenis baca ingredients,” kata wanita tersebut.

Dalam kisah yang sama, dia juga menunjukkan paparan Shopee yang dikatakan ramai muslim membeli jenama rempah tersebut. Padahal, dia tersalah faham tentang bahan yang digunakan dengan perkataan (use on / use in) yang bermaksud cadangan hidangan.

Salah Faham Dengan Ayat Use On / Use In Yang Bermaksud Cadangan Hidangan, Bukan Bahan Kandungan

bahan rempah

https://www.tiktok.com/@share_vibes/video/7189513887572708634?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7098174310049957378

@share_vibes Dah kabo pentingnya english education. ISH ISH ISH 😂 #fyp #masukberandafyp #educationgonewrong ♬ Epic Music(842228) – Pavel

Meninjaun ruangan komen netizen, ramai yang menasihatkannya agar meneliti sesuatu dahulu sebelum berkongsi fakta salah dan tidak tepat. Ada baiknya merujuk dahulu sumber yang benar sebelum berkongsi sesuatu maklumat yang kita sendiri tidak tahu kepada orang ramai.

“It’s use on. Oh My English. Tak apa kak, kita belajar lagi ya,” kata netizen bernama Azrah tentang kisah tersalah anggap bahan rempah yang mengandungi babi.

“As an English teacher. Saya tak tahu macam mana nak cakap. Nak gelak ke nak nangis,” komen guru Bahasa Inggeris dalam kisah tersalah anggap bahan rempah yang mengandungi babi.

“Use on = gunakan pada/boleh digunakan pada. Nasib baik saya pun tengok betul-betul tadi. Hampir-hampir terpengaruh dah,” kata Wanna.

Semak Fakta Dahulu Sebelum Kongsi Maklumat

bahan rempah

Semoga kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati sebelum berkongsi fakta dan maklumat tentang sesuatu perkara agat tidak menjadi pengaruh salah buat orang lain. Tak pasti, jangan kongsi.

Baca juga: “Biasa Kami Tempah Banyak Kontena”, Limau Mandarin Tak Dapat Sambutan Di Pulau Pinang, Peniaga Jangka Berdepan Kerugian Besar

tags: | |