Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tak Sempat Nak Parking, Emaknya Dah Buat Content Raya!” – Gelagat Lelaki Ini Tunjuk Situasi Ikut Isteri Pergi Beraya & Terus Buat Content TikTok

“Tak Sempat Nak Parking, Emaknya Dah Buat Content Raya!” – Gelagat Lelaki Ini Tunjuk Situasi Ikut Isteri Pergi Beraya & Terus Buat Content TikTok

Kategori:
content TikTok

Bila dah musim beraya ni, mestilah kita akan kunjung mengunjung ke rumah terbuka. Rumah sanak saudara, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Waktu itulah waktu dimana untuk lebih eratkan lagi hubungan silaturrahim sesama sendiri.

Kisah lelaki ini lagi mencuit hati kerana isterinya baru sahaja turun dari kereta terus diajak rakannya untuk buat content TikTok.

“Tak Sempat Nak Parking, Emaknya Dah Buat Content Raya!” – Gelagat Lelaki Ini Tunjuk Situasi Ikut Isteri Pergi Beraya & Terus Buat Content TikTok

Kisah mencuit hati ini dikongsikan oleh ansariramlii, dimana beliau memberitahu bahawa baru sahaja parking kereta. Terus isterinya ikut sekali rakan-rakannya untuk buat content TikTok.

Anak mereka masih lagi di tempat duduk belakang dan beliau mengomel dengan gelagat isterinya itu.

Apa lagi yang kelakar adalah, content TikTok suami beliau pula yang FYP di TikTok. Mungkin kerana gelagat lucu suami beliau itu membuatkan ramai netizen berpusu untuk komen.

Apa boleh buat, memang begitu nasib para suami di hari raya. Inilah masanya untuk para isteri bersuka ria bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

@ansariramlii

Kereta aku pun masih berada di tengah jalan sampai sekarang…

♬ Funny – Gold-Tiger

@ansariramliiKereta aku pun masih berada di tengah jalan sampai sekarang…

♬ Funny – Gold-Tiger

Sampai Sekarang Masih Tengah Jalan Ke Bang?

Menerusi di ruangan komen, netizen hanya mampu tergelak dan memberi kata-kata yang lawak kepada lelaki ini.

content TikTok content TikTok content TikTok content TikTok

Wahai kaum lelaki, berikan peluang untuk kaum wanita untuk ber-OOTD sepanjang hari raya ini kerana waktu ini sahajalah mereka bergaya dan vougue.

Kredit: ansariramlii

Baca Juga: Sambut Birthday Di Parking Lot Hospital, Keluarga Ini Buktikan Bahawa Bahagia Itu Sederhana

tags: | |