Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Taknak Bagi Kuali Berkarat? Bakar Dulu Kuali Yang Baru Beli Ikut Cara Ni. Confirm Lagi Sedap Menggoreng Nanti!

Taknak Bagi Kuali Berkarat? Bakar Dulu Kuali Yang Baru Beli Ikut Cara Ni. Confirm Lagi Sedap Menggoreng Nanti!

Kategori: ,
bakar dulu kuali

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh kita adalah kuali berkarat kan? Bila beli sahaja kuali besi baharu, pasti selepas beberapa kali guna, kuali akan berkarat pada bahagian tengah.

Kadang-kadang frust betul bila tak sempat nak pakai lama. Jadi, untuk perkongsian tips kali ini, Min ingin kongsikan tips yyang dikongsi oleh Aufa Lutfi ni.

Menurutnya, dengan membakar kuali yang baru dibeli, dan selepas menggunaakannya, ia akan lebih lama dan tahan daripada karat.

Taknak Bagi Kuali Berkarat? Bakar Dulu Kuali Yang Baru Beli Ikut Cara Ni. Confirm Lagi Sedap Menggoreng Nanti!

“Dah setel masak ibu sambal dan daging hitam, jom bakar kuali baru ni. Orang putih cakap “season the wok”. Untuk ape bakar? Carbon steel wok ni kalau tak jaga dia, tak manjakan dia, dia akan cepat berkarat.

“Jadi untuk elakkan berkarat, kita kena bakar kuali ni dulu sebelum guna (untuk yang baru dibeli) dan selepas guna dia. Salah satu lagi sebab nak bakar adalah supaya masakan kita tak melekat. Jadi pengalaman memasak anda lebih seronok dan ghairah.

“Sila sayangi kuali anda… Goreng nasi sambil melambung² nasi tu, goreng telur mata, goreng ikan…memang cantik dan best,” katanya.

Proses semua memakan masa lebih kurang 30 – 45 minit bergantung kepada power api dapur anda. Jom ikut tips ini!

  1. Ok, macam mana nak tahu saiz kuali ni? Kat handle tu ada sticker. Boleh tengok nombor tu…tu lah saiz. Kebanyakan yg ada saiz 14″ 16″…saiz 13″ susah sikit nak dapat. Tapi kuali jenis ni xde dah saiz lagi kecik rasanya kat malaysia…13 kot paling kecik. Kalau dapat saiz 10″-11″, lagi comel masak nasik goreng sorang makan.
  2. Harga dia average rm18-23.
  3. Kuali ni masa baru beli dia berbungkus dalam plastik. Bila buka plastik, permukaan kuali tu dia berminyak / greasy. Itu adalah minyak dari kilang…kite kena cuci dulu. Tenyeh gosok dengan sabun guna span besi ye. Depan belakang bontot dia kita gonyoh semua.
  4. Dah gonyoh guna span besi mesti la nampak kesan² tu. Biarkan je…jangan sedih pulak kuali calar. Biar kuali calar, jangan muka yang bercalar.
  5. Set kan api dapur yang terpadu dan start bakar! Bakar dulu kuali korang!
  6. Bakar sampai kebiruan ke seluruh permukaan kuali ni tau, biar rata semua tempat. INGAT JANGAN LAMA SANGAT, BILA DAH START BIRU TERUS ALIH KE PERMUKAAN LAIN. KALAU LAMA SANGAT KAT TEMPAT SAMA, NANTI YANG BIRU TU AKAN JADI MERAH. TANDA BESI TERLALU PANAS dan akan berkarat di kemudian hari. Sila buang dan beli kuali baru.
  7. Bakar seluruh permukaan kuali ye. Jangan leka dan lalai.
  8. Dah siap. Hensem kan? Biarkan dalam 10 minit.
  9. Lepas 10 min, kite test season. Letak minyak sikit.
  10. Guna paper towel untuk ratakan ke seluruh permukaan kuali. Ingat, tisu dapur ye. Bukan guna tisu muka dalam kotak kat ruang tamu tu!
  11. Test Run…goreng la pape pun, bawang ke, daun bawang ke halia ke serai ke…seronok waktu ni tengok mereka berlari lara. Goreng je sampai garing ke hangus ke… Masa ni saya goreng kobis, halia dan bawang putih je pun. Tapi bau dia terliur! hehe
  12. Bile dah garing kaw! Buang bahan goreng tadi dan guna tisu tadi untuk lap permukaan kuali.
  13. Dah habis lap, biarkan sekejap dalam 3-5min. Bagi dia cool down dulu. Korang tengoklah…kuali je baru. Sudip ikat cable tie tu jugak tak tukar.
  14. Kemudian bilas dan gosok guna span tanpa sabun ya.
  15. Lap² bagi kering kemudian panaskan. Titiskan minyak sikit dan sapu rata ke seluruh permukaan kuali lagi sekali. Simpan!
  16. Bile kita gosok guna tisu sambil api menyala, dia akan start berasap. Tutup api,, siap. Besok nak pakai, panaskan dulu, ratakan sedikit minyak ke seluruh permukaan kuali, baru guna. Ini dipanggil pre season.
  17. Buat 2-3 kali pre season, insyaallah lepas tu kuali akan hitam gelap gelita macam kat restoran tu, itu lah yang kita mahu. Confirm tak melekat sampai sudah.
    Ni kuali yang ke-2. Beli ni dulu tak season pun… malas. Bila takseason, dia jadi macam ni lah. Lepas pakai, cuci bersih bila dah kering dan simpan. Akan naik karat² tu…jadi setiap kali nak pakai, kena cuci dulu. Kuali macam ni, untuk penjagaan dia, setiap kali lepas pakai basuh lap bagi kering atau bakar sekejap atas dapur kemudian sapu minyak di keliling permukaan dia. Baru simpan.
  18. Haaa gitulah. Ingat muka je kena jaga? Kuali kesayangan pun mesti lah kena jaga.

Jangan lupa bakar dulu kuali anda!! Selamat mencuba tips simple ini! Ramai netizen cakap menjadi! Nampak simple, tapi dapat selamatkan nyawa kuali korang dan pengalaman memasak pun lagi best!

Sumber: Aufa Lutfii

Baca juga: Peniaga Kongsi Resipi Buat Cooney Dog Ala A&W, Pernah Dapat Hasil Jualan Sampai RM14 Ribu Dengan Hanya Jual Depan Rumah!

tags: | |