Jika makan bersama kawan-kawan di kedai makan ataupun restoran, kadang-kadang ada kawan yang baik hati akan belanja dan bayar bagi semua kawan sekaligus. Mungkin ingin berbagi rezeki dan meraikan bersama rakan.
Ada juga yang menggunakan cara dengan menyuruh juruwang untuk memilih kad kredit/debit siapakah yang menjadi ‘mangsa’ dan harus membayar dan belanja makanan mereka.
Menyebut perihal belanja makanan kawan, sebuah video tular di laman TikTok apabila sekumpulan lelaki makan bersama di sebuah kedai makan berhujan sehingga basah kuyup.
Ini kerana, mereka sedang menahan diri untuk bangun daripada tempat kerusi masing-masing. Jikalau tidak, sesiapa yang bangun harus membayar dan belanja semua makanan yang dimakan oleh mereka.
Mungkin mereka sedang bergurau atau bermain game secara serius, masing-masing tidak mahu kalah dan setia berada di kerusi walaupun hujan lebat sudah membasahi mereka.
“Siapa bangun dia bayar,” tulis pemilik video berkenaan menerusi video jenaka bayar makanan berkenaan.
@maggiebakarr
@maggiebakarr siapa bangun dia bayar🤣 #fyp #beranda #part1 ♬ เสียงต้นฉบับ – DJ Tonkar Remix
Melihat ruangan komen orang ramai, semua terhibur dengan gelagat mereka. Masing-masing memberi komen dengan berbaur jenaka melihat video tersebut.
“Yang lepak tak bawa duit confirm tak bangun,” kata netizen dengan nama Lucyfer dalam video bayar makanan berkenaan.
“Sempat demam dulu nak tunggu siapa bangun, sampai sup pun dah refill balik dalam mangkuk,” komen Najwa.
“Masuk berita tadi, dengar cerita sampai sekarang belum bangun-bangun lagi,” ujar Khairul Halmi dalam video bayar makanan kawan tersebut.
Aduh, Min pun gelak tengok gelagat mereka dalam video ni. Agaknya, siapalah yang kalah dan kena bayar semua ya?
Sumber: maggiebakar
Baca juga: “Ternyata Hari Ini Kiamat..”, Lelaki Ini Terkejut Lalu Depan Sebuah Kedai Makan, Rupa-Rupanya…