Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Talam Jagung Manis Berlemak, Dua Lapisan Rasa Buat Hati Berdetak!

Talam Jagung Manis Berlemak, Dua Lapisan Rasa Buat Hati Berdetak!

Kategori: ,
resepi kuih talam jagung

Ada tak dekat sini peminat kuih talam? Dan peminat jagung? Kalau lah anda peminat kedua-duanya, sesi perkongsian resepi kali ini memang untuk anda!

Untuk kali ini, kami ingin kongsikan resepi talam jagung manis berlemak. Kuih ini cantik dan menyelerakan bila buat betul-betul dengan sukatan yang tepat.

Jomlah cuba buat kuih talam jagung manis berlemak ini!

Talam Jagung Manis Berlemak, Dua Lapisan Rasa Buat Hati Berdetak!

kuih talam

Bahan-Bahan Lapisan Atas

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan-Bahan Lapisan Bawah

  • 1 cawan jagung manis dalam tin
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan gula
  • sedikit pewarna

Cara Penyediaan:

  1. Campur semua bahan lapisan bawah kecuali jagung.
  2. Kacau sebati dan masak sehingga mendidih dan sedikit likat.
  3. Kemudian, barulah masukkan jagung dan kacau ia dengan sebati.
  4. Masak atas dapur sehingga naik wap.
  5. Sebelum tuang adunan, cucuk sikit lapisan yang dah siap dikukus.
  6. Kukus 10 minit, siap kukus buka penutup dan biarkan berwap dalam 1-2 minit untuk dapatkan permukaan yang cantik dan molek.

kuih talam kuih talam kuih talam

Jadi, dah siap kita punya kuih talam jagung. Boleh jadikan ia sebagai santapan minum petang bersama keluarga, hidangan sempena meraikan mana-mana majlis, ataupun sebagai hadiah kepada yang tersayang.

Bagi hadiah air tangan kita ni memang rasa kasih sayang lebih sikit!

Kredit: Nieyna Alias

Baca juga: Ikan Rebus Air Asam Campur Bendi Masakan Lejen! Memang Rasa Berbeza Jika Makan Sekali!

tags: | |