Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tinggal Di Rumah Tinggi & Tak Tahu Nak Tanam Sayur Di Mana? Ini Rahsianya, Guna Kaedah Hidroponik

Tinggal Di Rumah Tinggi & Tak Tahu Nak Tanam Sayur Di Mana? Ini Rahsianya, Guna Kaedah Hidroponik

Kategori: ,
kaedah hidroponik

Bagi yang tinggal di rumah flat, apartment, kondominium atau di mana-mana rumah tinggi, pasti korang punya kesukaran untuk menanam pokok kerana kawasan yang terhad dan tiada landai tanah yang boleh kita bercucuk tanam.

Dan, bagi mereka yang tanam sayur tapi tiada masa untuk buat penjagaan dan siraman, kaedah yang sesuai adalah hidroppnik. Jika setakat tannam di rumah, tak perlu berbelanja besar untuk beli set hidroponik ini sebab kita boleh guna saja barang terpakai yang ada di rumah. Lebih jimat dan tak membazir barang yang sedia ada.

Tinggal Di Rumah Tinggi & Tak Tahu Nak Tanam Sayur Di Mana? Ini Rahsianya, Guna Kaedah Hidroponik

Antara yang mempraktikkah kaedah guna semula ini adalah Amara Ann Kasim. Mennggunakan kotak polisterin, cawan mi segera, bekas yogurt, aiskrim semua ini dijadikan penanaman sayur seperti salad, sawi dan  kailan mengikut kaedah hidroponik.

Menariknya, semua sayur kelihatan segar dan subur walau ditanam di balkoni tingkat 4 kediamannya.

Disebabkan ramai yang tanya cara saya tanam guna hidroponik guna bekas terpakai, di sini saya share caranya.

Ini bekas yang saya gunakan, antaranya bekas aiskrim. Maggi Cup, dan untuk pot saya guna bekas yogurt sahaja. Tapi guna apa-apa bekas pun boleh.

Saya menggunakan medium cocopeat campur tanah hitam sedikit dalam tanaman saya. Ia berfungsi untuk pegang anak pokok yang masih kecil.

Sebelum masuk dalam bekas terpakai ni, biji benih sayur disemai terlebih dahulu dan selepas ada 4 daun bolehlah dialih ke dalam cup yang diletak lubang di bawahnya.

Untuk bekas air baja, boleh gunakan apa juga bekas yang besar. Cari kepingan polisterin untuk menutup bekas air baja. Buat lubang untuk masukkan bekas berisi sayur.

Saya menggunakan baja jenis AB. Sukatan ikut seperti yang disarankan pada bekas. Jenama apapun boleh.

Saya tanam sayur ini di balkoni rumah tingkat 4 sahaja, Tempat ini kena cahaya pagi sahaja. Dari 8-11AM. Balkoni belakang dari pukul 2.30-6PM. Paling penting untuk tanam sayur kena ada ABC (air, baja, cahaya).

Saya baru berjinak-jinak tanam guna kaedah ini. First time mencuba Alhamdulillah menjadi. Say abanyak belajar dari pemerhatian di YouTube dan dari sharing kawan-kawan.

Selamat mencuba kaedah hidroponik ini!

Sumber: Amara Ann Kasim

Baca juga: Guna Nasi Je! Ini Cara Buat Racun Organik Homemade, Sayuran Jadi Lebat & Tanaman Makin Sihat

tags: | |