Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Takdok Orang Makan Biskut Kita” – Tangisan Anak Yatim Bawa Biskut Raya Tidak Dijamah, Cikgu & Rakan-Rakan Pujuk Beliau

“Takdok Orang Makan Biskut Kita” – Tangisan Anak Yatim Bawa Biskut Raya Tidak Dijamah, Cikgu & Rakan-Rakan Pujuk Beliau

Kategori:

Anak yatim adalah antara insan yang perlu diberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka kehilangan orang yang tersayang. Perasaan mereka di dalam keadaan yang tidak stabil dan memerlukan kasih sayang yang secukupnya daripada orang sekeliling.

Salah satu yang kisah yang menyedihkan dikongsikan oleh seorang cikgu. Apabila seorang anak yatim daripada kelasnya menangis kerana biskut raya tidak dijamah oleh rakan sekelasnya.

“Takdok Orang Makan Biskut Kita” – Tangisan Anak Yatim Bawa Biskut Raya Tidak Dijamah, Cikgu & Rakan-Rakan Pujuk Beliau

Kisah sedih ini dikongsikan oleh farisfarhansidek di laman media sosial Tiktoknya. Apabila salah seorang anak muridnya yang merupakan anak yatim bernama Shakir menangis kerana tiada siapa menjamah biskut rayanya. Ketika itu, terlihat rakannya memujuk dan menggosok di belakang beliau supaya tidak menangis.

Namun ayat yang disampaikan oleh Shakir sangat menyedihkan dengan berkata,

“Takdok orang makan biskut kita”, ujar Shakir di dalam dialek Terengganu itu.

shakir

Terus jika bertanya lagi kepadanya mana satu biskut raya beliau kerana ingin memujuknya.

Apa yang kagum di dalam video ini adalah rakan sekelasnya tidak sama sekali tidak mengejeknya kerana menangis namun sama-sama memujuk beliau.

shakir

Jiwa anak-anak ini sangat murni dan memahami apa yang Shakir lalui di dalam hidupnya. Tak mudah menjadi anak yatim di awal usia ini kerana mereka masih lagi memerlukan bimbingan daripada kedua orang tuanya.

Namun, kawan-kawan dan tenaga pengajar lah yang mainkan peranan penting untuk menjaga perasaan anak yatim ini.

shakir

Terus Cikgu Faris Farhan Sidek ini mengajak anak murid kelasnya untuk menjamah sekali makan biskut raya Adik Shakir ini.

Barulah nampak Adik Shakir ini bertenang mungkin beliau sedih ibunya berpenat lelah untuk siapkan biskut raya ini.

@farisfarhansidek

bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

@farisfarhansidek bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp ♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Aduh Sedihnya, Terima Kasih Cikgu

Menerusi di ruangan komen, di kalangan warganet ada juga bekerja sebagai Cikgu mengatakan bahawa kita sebagai seorang pengajar haruslah sentiasa menghargai pelajar mereka. Kerana, kita tak tahu bahawa anak murid kita sendiri yang bersusah payah untuk gembirakan hati kita.

shakir shakir shakir shakir

Semoga Adik Shakir ini sentiasa di dalam lindungan Allah swt dan dikelilingi orang yang baik-baik dapat menjaganya.

Jangan Bersedih Adik Shakir!

Kredit: farisfarhansidek

Baca Juga: Tergamak Beri Kerak Nasi Lemak Kepada Anak Yatim, Si Pemberi Tidak Fahami Erti Sedekah Yang ‘Sebenar’

tags: | |