Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tanpa Guna Oven, ‘Pizza Kuali’ Ini 100% Masak Atas Api Je

Tanpa Guna Oven, ‘Pizza Kuali’ Ini 100% Masak Atas Api Je

Kategori: ,
Pizza Kuali

Resepi pizza kuali ini sesuai untuk anda yang tiada oven tapi masih boleh buat pizza sendiri kat rumah. Tak perlu pergi beli dah, lagi jimat kan?

Jom cuba resepi pizza kuali perkongsian daripada Murni Rahmat ini.

Tanpa Guna Oven, ‘Pizza Kuali’ Ini 100% Masak Atas Api Je

Pizza kuali lagi, 100% masak atas api, tak perlu oven. Resepi untuk 5x pizza

Bahan-bahan doh:

  • Tepung gandum 1kg
  • Air suam 2 cawan
  • Mauripan 1 peket
  • Minyak masak 2 sudu
  • Gula 1 sudu
  • Secubit garam

*uli bahan di atas sekurang2nya 5 minit ye. Berpeluh-peluh la jugak.

Bahan sos:

  • Sos pasta tradisional-jenama bebas.
  • Boleh letak macam2 topping,
  • Hot dog/ayam/cendawan butang/nanas/tomato/cheese/seafood

Bahan topping:

  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil mix herbs
  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar tomato puree
  • 3 biji tomato

Cara-cara buat topping:

Tumis bawang holland dan bawang putih, bila dah wangi, masuk ayam, hotdog dan cendawan. Tumis sampai masak, perasakan dengan garam dan lada hitam. Nak letak bbq sos pun boleh, nk letak blackpeper sos pun boleh, ikut selera masing-masing.

Cara-cara buat doh:

  1. Gaul tepung dengan minyak.
  2. Tambahkan air, uli tepung sekurang-kurangnya 5 minit, bila dah tak melekat kat tangan, tutup doh dengan tuala. Rehatkan selama 1 jam. (*sukatan air perlukan 2 cawan, tp 1cawan air tu,tuang mauripan dlm tu,masuk secubit gula..lps 2-3 minit,dah muncul buih2,baru campur dan uli tepung jadi doh.)
  3. Selepas 1 jam, doh tadi dah naik 2x ganda. Tumbuk-tumbuk doh tu biar angin dia kelar.
  4. Bahagi doh kepada 5 bahagian atau lebih.
  5. Bentukkan doh, bila dah elok bulat dan leper, letak atas kuali.
  6. Susun topping, boleh isi apa je yang suka.
  7. Masak api kecik je. 10-15 minit ikut ketebalan pizza yg anda buat. Tutup dgn tudung periuk. Tak perlu letak minyak or letak lapik, masak je doh tu atas kuali.
  8. Kalau suka kerak pizza tu rangup, kena masak doh tu dulu sebelum isi topping.
  9. Kalau suka lembut gebu macam roti, letak topping atas doh mentah, baru masak. Susun siap-siap atas kuali. Baru senang sebab tak perlu nak angkat-angkat doh tu. Sebab topping tu berat, nanti berat dan susah nak letak atas kuali/pan pulak.
  10. Cheese ambil masa 3-4 minit untuk cair.

*nak cepat, guna roti nan/arab.

*resepi doh ni boleh buat donut, roti dan pau.

 

Kredit: Murni Rahmat 

 

Selamat mencuba!

tags: