.Air Teh Pakistan merupakan minuman berteh yang sangat popular di Pakistan. Dan resepi ini asalnya daripada orang Pakistan sendiri. Rasanya yang sedap, lemak dan berkrim memang sangat menarik untuk dicuba. Nak membuatnya juga sangat mudah, jadi bagi anda yang tak pernah cuba Teh Pakistan ni, boleh cuba buat nanti!
Tauke Karpet Pakistan ‘Dedah’ Resepi Teh Pakistan Mashyur, Yang Menjadi Kegemaran Ramai
Bahan-bahan:
- 6 uncang teh wangi ros
- Air satu jug kecil (lebih kurang 200 ml)
- 50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
- Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut kuantiti air)
- Secubit dua garam (untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa)
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
- Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada perbezaan ya kacau dengan air panas biasa. Kacau sesekali. *boleh adjust rasa susunya*
- Tutup api selepas teh betul-betul mendidih@ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
- Tapis dengan penapis teh kain.
- Rahsia penting seterusnya. Tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.
- Segelas Teh Pakistan Mashyur sedia dihirup ketika air teh masih panas suam.
Kredit: Afy AL Habibi
Baca juga: Wanita Ini Kongsi Cara Membuat ‘Teh Masala’, Yang Menjadi Kegemaran Ramai