Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Harga Secawan Teh Mencecah Ratusan Ringgit, Teh Tahi Panda Antara Yang Termahal Di Dunia?

Harga Secawan Teh Mencecah Ratusan Ringgit, Teh Tahi Panda Antara Yang Termahal Di Dunia?

Kategori: ,
teh panda

Teh merupakan antara minuman yang sangat digemari oleh kebanyakan penduduk dunia. Di Malaysia bahkan di serata dunia, terdapat pelbagai jenis teh yang sedap dan beraneka jenis. Lihat sahaja di Cameron Highlands, terdapat pelbagai jenis teh seperti teh strawberri, teh coklat, teh vanilla dan lain-lain lagi.

Selain pelbagai aneka jenis, ada juga teh yang mempunyai nilai yang sangat tinggi. Satu cawan teh yang dijual boleh mencecah ratusan ringgit. Bukan RM100 atau RM200 namun ia boleh mencecah RM400-RM500 untuk secawan teh sahaja.

Teh panda dari najis panda?

Teh apakah itu? Kenapa mahal sangat? Ia adalah teh panda, sebenarnya teh panda ini adalah dari jenis teh hijau namun ia bukanlah diproses semula dari najis haiwan seperti proses pembuatan kopi luwak (diproses dari najis musang). Akan tetapi, ia menggunakan tahi panda ini untuk dijadikan baja kepada teh yang ditanam.

Aroma unik yang dihasilkan oleh tahi panda ini mampu membuatkan teh ciptaannya itu menjadi kegemaran mereka yang berada serta bercitarasa tinggi. Ia boleh dijual sehingga RM252,432 bagi satu kilogram.

Pengusaha yang berfikir di luar kotak dan dapat menghasilkan wang dari najis haiwan ini adalah seorang pencinta panda dan pensyarah di Universiti Sichuan iaitu An Yanshi. Beliau mula mengusahakan teh ini pada tahun 2011 dan berjaya membuat perniagaan ini berkembang maju.

Menurutnya, panda merupakan haiwan yang mempunyai sistem penghadaman yang kurang baik. Kebiasaannya panda ini hanya menyerap 30 peratus daripada apa yang dimakan atau ditelan. Jadi secara tidak langsung, najis panda ini kaya dengan serat dan nutrien.

Tambah An Yashi lagi, makanan panda iaitu buluh mempunyai elemen yang menghalang kanser. Kini, teh panda dianggap sebagai teh terbaik di China dan seluruh dunia.

Baca juga: Matcha Dan Teh Hijau Sama Atau Berbeza? Jangan Terkejut Dengan Fakta Menarik Yang Ramai Tak Tahu!

tags: |