Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Guna Teknik Bekukan Beras Ini, 15 Minit Sahaja Bubur Nasi Siap Boleh Dimakan!

Guna Teknik Bekukan Beras Ini, 15 Minit Sahaja Bubur Nasi Siap Boleh Dimakan!

Kategori:
Teknik Bekukan Beras

Kebiasannya untuk masak bubur nasi mengambil masa yang agak lama iaitu selama setengah jam atau lebih bergantung kepada kuantiti nasi yang dimasak. Padahal cuma masak bubur nasi, tapi ibarat sedang masak lauk.

Untuk elakkan ambil masa yang lama dalam membuat bubur, apa kata selepas ini jom ikut cara ini pula. Bubur siap dalam masa 15 minit sahaja!

Guna Teknik Bekukan Beras Ini, 15 Minit Sahaja Bubur Nasi Siap Boleh Dimakan

Bekukan dahulu malam sebelum tu (dah siap basuh). Nanti bila masak, dalam 15 minit dah boleh siap bubur masak. Hari ini menu untuk Affan dan Ariq:

Bubur Sup Ikan Merah

Bahan-bahan:

  • Pure virgin olive oil
  • Garlic*
  • Bawang merah*
  • Halia*
  • 4 sekawan*
  • Saleri
  • Lobak merah
  • Beras perang
  • Ikan merah

Cara-cara:

  1. Tumiskan bahan-bahan bertanda (*) bersama pure virgin olive oil. Dah agak kekuningan, masukkan sahaja beras yang sudah dibekukan.
  2. Masukkan air, ikan merah dan sayur. Masak menggunakan api yang sederhana.
  3. Dalam 15 minit sahaja, bubur dah siap!

Kredit: Suhaila Hamzah

Baca juga: Tips Masak Bubur Nasi Dengan Cepat Dan Cantik Berseri, Tak Sampai 15 Minit Dah Siap!

tags: |