Mashed potato memang cukup diminati ramai tak kira muda atau tua. Sering dijadikan hidangan sampingan bagi menu Western atau makanan segera, mashed potato yang dibeli memang enak rasanya.
Tapi bila kita cuba buat sendiri, rasanya tak sama walaupun guna sukatan bahan yang betul. Apa yang tak kena aganya ya?
Rupanya anda pun boleh hasilkan mashed potato dengan rasa dan tekstur yang persis macam di kedai makan. Mungkin salah satu sebabnya adalah penggunaan teknik yang salah.
Ya, walaupun mudah, sebenarnya nak buat mashed potato ni ada tekniknya yang betul.
Jom kita pelajari teknik buat mashed potato yang betul di rumah yang dikongsikan oleh Nana Ismail.
Mungkin ramai yang tak perasan, kentang sebenarnya ada dua jenis iaitu waxy dan starchy.
Untuk mendapatkan mashed potato yang sedap, anda perlulah gunakan kentang jenis starchy. Kentang jenis waxy (seperti kentang putih atau berkulit merah) tidak dapat menyerap sebahagian besar rasa lemak dari butter.warnanya juga lebih kusam apabila dilecek.
Untuk pastikan mash potato anda berlemak, gunakanlah kentang kuning biasa atau kentang Russet.
Memang benar kentang yang dipotong kecil akan lebih cepat masak. Tapi, ia akan menyerap terlalu banyak air ketika direbus. Akibatnya, penyerapan mentega dan krim akan terhalang. Seperkara lagi, pastikn kentang dipotong pada saiz sederhana yang sama supaya semuanya cukup matang bila dilenyekkan.
Cara yang betul ialah meletakkan garam dahulu dalam air. Cara ini akan membuatkan kentang serap garam ketika masak dan menjadikan rasanya lebih menyerlah dan membangkitkan aroma.
Sebaliknya, bila anda rebus kentang tanpa meletakkan garam atau menunggu ketam masak baru nak tabur garam, rasa kentang akan jadi kurang sedap.
Mungkin ramai yang menganggap lebih lama kentang direbus, lebih lembut jadinya. Hakikatnya, kentang yang terlebih masak akan membuatkan mashed potato anda berair.
Bila anda sudah dapat cucuk kentang dengan garfu, terus tutup api dan toskan dari periuk.
Mentega dan krim adalah bahan yang paling penting untuk membuatkan mashed potato anda lazat dan berlemak.
Namun, jangan terlalu kalut untuk memasukkan kedua-dua bahan ini bila baru dikeluarkan dari peti sejuk. Jika anda tambahkan bahan-bahan ini ketika sejuk, ia akan menyejukkan adunan mashed potato dan boleh menghalang molekul kanji kentang menyerap ramuan sepenuhnya.
Jadi, cara yang terbaik adalah dengan panaskan mentega dan krim secara berasingan dalam 1 minit sehingga mencair. Barulah kentang putar anda lebih sedap jadinya!
Mungkin ramai yang letak mentega dan krim serentak, tapi ia boleh buatkan mashed potato anda terasa pelik. Cara yang betul ialah masukkan mentega cair secara berasingan dan kacau sebati. Kemudian, tambahkan krim dan kacau lagi, hasilnya, kentang putar anda akan rasa lebih berkrim dan enak.
Kalau anda kacau kentang putar banyak kali, terlalu banyak kanji akan dikeluarkan. Ini akan membuatkan mashed potato anda terlalu gebu, berlemak dan tak menyelerakan.
Apa yang anda boleh lakukan ialah kacau dengan lembut. Anda boleh gunakan hand masher secara manual atau food mill.
Untuk pastikan tekstur mashed potato tepat, anda juga boleh gunakan tangan dan rasa sedikit. Tengok sama ke tak macam yang anda selalu beli di kedai.
Macam tu rupanya cara nak dapakan tekstur dan rasa mashed potato yang betul. Lepas ni, bolehlah buat mashed potato yang sedap macam di kedai. Barulah puas bila dapat buat di rumah dan nikmatinya bersama keluarga. Jom cuba teknik buat mashed potato ni. Gerenti berkesan!
Sumber : Nana Ismail