Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Buat Sambal Selalu Merecik? Guna Teknik Yang Dikongsikan Oleh Ahli Kimia Ini, Baru Tak Kotor Dapur!

Cik Lawa by Cik Lawa
Mac 20, 2022
in Info, Tips Makanan
3 min read
0 0
0
percikan sambal
0
SHARES
67
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Bila suami atau anak-anak minta makanan yang bersambal seperti nasi lemak atau ayam masak merah, pasti terbit rasa serba salah kan. Dalam kepala fikir, habislah dapur nanti. Merah sana, merah sini hasil dari tumisan sambal tu.

BacaJuga

Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari

Resepi Ayam Masak Sambal Hijau Yang Super Duper Sedap, Sesuai Untuk Makan Malam Dan Tengahari

Januari 17, 2023
3.8k
Sambal-Belacan-Dari-Papa

Resepi Sambal Belacan Dari Papa, Lebih Mudah & Sedap Dari Yang Lain

Oktober 10, 2022
4

Kadangkala percikan sambal tu boleh sampai ke dinding atas. Memang penatlah nak mengelapnya. Namun sekiranya anda gunakan teknik yang dikongsikan oleh Fatimah Salim ini pasti tiada percikan yang berlaku lagi.  Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

Tips untuk mengurangkan berlakunya percikan sambal

Siap dah sambal udang petai! Perasan tak, sambal saya kurang percikan? Jom baca #ulangsiar SAINS DI SEBALIK SAMBAL TUMIS KURANG MERECIK.

Selain daripada gaya menggaul yang cermat, percikan sambal semasa memasak berlaku disebabkan ketidaklarutan bahan-bahan dalam masakan. Terutamanya air dan minyak.

Suhu yang panas akan meningkatkan pergerakan (kinetik) molekul-molekul dalam komponen masakan. Namun yang paling banyak terkesan ialah molekul-molekul air dan molekul-molekul minyak kerana keduanya tidak larut bersama.

Semakin tinggi suhu, semakin tinggi tenaga kinetik molekul-molekul ini. Maka, semakin tinggi daya percikan kerana minyak dan air ingin menjauhi antara satu sama lain. Dan jangan main-main, dengan ‘pergaduhan’ molekul-molekul air dan minyak ini, boleh jadi ‘mini bomb’!

Tips yang boleh dipraktikkan

Baiklah. Disebabkan kita tahu asas daya percikan adalah suhu serta keterlarutan minyak dan air, maka antara tips yang boleh dipraktikkan untuk mengurangkan daya percikan semasa memasak sambal adalah:

  1. Kisar bahan-bahan dengan minyak (untuk mengurangkan air dalam tumisan).
  2. Kecilkan api (untuk mengurangkan tenaga kinetik molekul-molekul dalam masakan).
  3. Pilih kuali kalis lekat. Ini kerana selaput kalis lekat mengurangkan kadar pengaliran haba ke komponen masakan.
  4. Gunakan kuali yang lebih besar (untuk menampung luas permukaan percikan).
  5. Atau jika komponen tumisan tetap mengandungi banyak air, maka tumis tanpa minyak dahulu sambal sehingga sebahagian air tersejat. Kemudian baru masukkan minyak dan tumis seperti biasa.

Api yang kecil akan menyebabkan air lambat meruap daripada masakan. Maka proses pecah minyak akan berlaku lambat. Bagi mereka yang tiada pilihan, bolehlah menutup sambal yang dimasak.

Namun gunakan penutup jenis yang ada lubang yang mana boleh membebaskan wap air. Sekiranya tiada, boleh juga membuka  penutup beberapa kali dan lap permukaan dalam penutup untuk memberikan ruang kepada wap air lain meruap pada penutup. Dan pastikan api dikecilkan semasa penutup dibuka.

Menambahkan bahan berasid seperti asam jawa, asam keping dan cuka juga boleh mempercepatkan kadar air tersejat daripada masakan lalu cepat pecah minyak berlaku. (Nota: para pelajar kimia organik, ingat tindak balas dehydration). Namun usah berlebihan kerana bahan berasid yang berlebihan boleh mengganggu keseimbangan rasa sambal daripada mencapai kokumi.

Nota: Warna sambal akan menjadi lebih gelap setelah penambahan gula. Ini disebabkan oleh berlakunya tindak balas Maillard antara komponen protein dalam bahan sambal dan gula tadi.

Ulangkaji: Terdapat 4 cara untuk mengetahui berlakunya tindak balas kimia iaitu berubahnya rupa, warna, bau dan rasa. Best kan kimia!

Cantik kan periuk atas ni? Jom beli dekat sini, periuk lebih kurang sama. Cantik je tengok.

Dah tahu teknik dan tips untuk kurangkan berlakunya percikan sambal kan? Jadi bolehlah memasak dengan bahagianya lepas ni. Tak payah dah nak risau nak cuci satu bahagian dapur. Jangan lupa kongsikan tips dan teknik ini kepada kawan atau kenalan ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fatimah Salim Via Makmal Makanan

Baca juga: Resepi Sambal Tempoyak Udang Petai Yang Padu, Puas Hati Makan Licin Satu Kuali!

Download WordPress Themes
Download Premium WordPress Themes Free
Download WordPress Themes
Download Best WordPress Themes Free Download
free download udemy course
download samsung firmware
Tags: Ayam masak sambal hijauAyam Sambalpercikan sambal
ShareTweetSend

Related Posts

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!
diet

Pernah Dengar Tak Overnight Oat? Siapa Yang Tengah Diet Sekarang Memang Sesuai Makan Menu Ni. Cara Buat Sangat Senang Dan Sedap!

Januari 27, 2023
64
biji cili kering
Info

Mahu Hasil Tanaman Cili Lebat Dengan Cara Mudah? Guna Je Biji Cili Kering, Ini Caranya!

Januari 26, 2023
156
bahan penyedap kedai makan Thailand
Info

Bahan Penyedap Kedai Makan Thailand, Semua Ni Wajib Ada Di Dapur Korang!

Januari 25, 2023
225
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist