Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sekali Tengok, Automatik Tekak Jadi Haus. Rupa-Rupanya ..” – Teknik Pemasaran Peniaga Air Balang Dapat Reaksi Berbaur Dari Netizen.

“Sekali Tengok, Automatik Tekak Jadi Haus. Rupa-Rupanya ..” – Teknik Pemasaran Peniaga Air Balang Dapat Reaksi Berbaur Dari Netizen.

Kategori:

Bagi melariskan jualan masing-masing, pelbagai teknik pemasaran digunakan oleh peniaga untuk menarik perhatian pelanggan.

Namun, satu penemuan mengenai tenik pemasaran sebuah gerai air didapati sungguh kreatif sehingga pengguna Facebook, Long Yie Sri Makmur menggelarnya sebagai ‘peniaga air balang paling bijak’.

Teknik Pemasaran Peniaga Air Balang Alaf Baru..

Bagi menarik perhatian pelanggan, peniaga tersebut memilih untuk lekatkan stiker pada setiap balang air.

Namun, stiker yang dipasang bukanlah stiker biasa malah setiap satunya mempunyai rekaan unik menyerupai air balang yang diisi penuh.

Memang cukup menggoda, sesiapa yang melihatnya pasti terbayang rasa air yang pekat dan padu.

Teknik pemasaran yang dianggap bijak ini juga turut membuatkan si pemilik video turut terjebak untuk membeli air dari peniaga tersebut.

Pada awalnya, lelaki tersebut akui tergoda dengan ‘rupa’ jualan air balang yang cukup menyegarkan sehingga membuatkan tekaknya tiba-tiba haus.

“Aku nampak balang air penuh, pastu meriah. Tetiba haus lah kan..”

Apabila dia mendekati balang-balang air yang tersusun tersebut, barulah dia perasan rupanya apa yang dilihat itulah bukanlah air sebenar, rupa-rupanya cuma stiker yang dilekatkan pada balang.

Namun, pemuda itu tak kecewa kerana air yang dibeli katanya mempunyai kualiti dan rasa yang memuaskan. Harganya pun didapati cukup berpatutan.

Dia juga sempat memuji teknik pemasaran peniaga itu yang mampu menarik perhatiannya untuk beli air.

Tak Semua Netizen Setuju Taktik Macam Ni..

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil berikan pendapat yang berbeza mengenai cara peniaga ini mempromosi air jualannya.

Sesetengah netizen menganggap kaedah pemasaran sebegitu memberi kelebihan kepada peniaga kerana mampu membuatkan jualan air lebih laris dan boleh mengelakkan pembaziran.

Mereka juga bersetuju dengan pemilik video dan menganggap sekiranya air yang dihasilkan mempunyai rasa dan kualiti yang baik, maka tidak salah untuk peniaga gunakan kaedah pemasaran sebegini.

Teknik Pemasaran Peniaga Air

Teknik Pemasaran Peniaga Air

Teknik Pemasaran Perlulah Setanding Dengan Kualiti

Sementara itu, ada juga warganet yang tidak bersetuju dengan cara peniaga air itu dan menyifatkan teknik pemasaran tersebut sebagai satu bentuk penipuan.

Warganet yang pernah ‘terkena’ taktik pemasaran yang sama akui rasa tertipu apabila mendapati air yang dijual tidaklah sesedap seperti yang digambarkan pada stiker.

Teknik Pemasaran Peniaga Air Teknik Pemasaran Peniaga Air

Justeru itu, sesetengah netizen menyimpulkan bahawa teknik pemasaran yang digunakan oleh peniaga perlulah setanding dengan kualiti air yang dihasilkan.

Teknik Pemasaran Peniaga Air

Melihatkan cara peniaga yang ada kalanya tak jujur, segelintir warganet berpendapat pembelian dari peniaga yang tak menggunakan stiker adalah lebih baik supaya pelanggan dapat gambaran yang lebih  telus sebelum membeli.

Teknik Pemasaran Peniaga Air

Apa pendapat anda mengenai teknik pemasaran peniaga air sebegini ? Pernahkah anda lalui perkara yang sama dan adakah jualan air dari mereka menepati jangkaan anda ? Jom kongsikan dengan kami !

Sumber : Facebook Long Sri Yie Makmur

tags: |