Dalam kebangkitan teknologi yang semakin menguasai dunia, boleh dilihat tugas-tugas manusia dapat diambil alih oleh robot dan artificial intelligence (AI) ataupun kecerdasan buatan. Secara tidak langsung, pekerjaan manusia akan terancam kerana tenaga kerja yang dapat diberikan oleh mereka sudah sedia terganti.
Walaupun begitu, sehebat mana kearifan yang diberikan robot terhadap kerja-kerjanya, ia tidak dapat menggantikan manusia. Akan ada suatu masa, robot tidak dapat terkendali dan pada akhirnya, ia berpihak kepada tenaga manusia kembali.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok daripada pengguna baggedglii, sebuah robot penghantar makanan mengalami masalah teknikal ketika berjalan untuk menghantar pesanan kepada pelanggan sehinggakan air yang dibawanya tumpah dan gelas berselerakan.
Seperti yang kita tahu, teknologi robot ini akan menghantar makanan kepada pelanggan secara automatik dan pelanggan perlu mengambilnya daripada dulang yang dibawa oleh robot tersebut.
Tetapi dalam video tersebut, ia gagal melakukan seperti yang dilaksana.
@baggedglii Just trying to record these cool drink serving robots and this happens 😳#foryoupage#4upage
@baggedglii Just trying to record these cool drink serving robots and this happens 😳#foryoupage#4upage ♬ original sound – user5128667396577
Jadi jelaslah, sehebat mana penciptaan robot menggantikan manusia, pada akhirnya, industri akan mengharapkan tenaga manusia kembali untuk melancarkan proses dalam perniagaan.
“Tengah cuba rekod cool drink yang dihidang oleh robot dan tiba-tiba ini berlaku..”, kata pemilik video.
Kebanyakan robot hebat yang ada saat ini menerima berbagai pembaruan data dan perbaikan hardware secara berkala yang dilakukan oleh manusia. Mereka tidak mampu membuat diri mereka pintar, atau memperbaiki diri mereka sendiri.
Secanggih apapun teknologi robot, mereka tidak akan dapat menafsirkan pemikiran non-logis manusia.
Pada akhirnya, teknologi robot tidak mampu menggantikan, ia hanya memudahkan.
Sumber: baggedglii