Kulit ayam merupakan antara makanan yang sangat enak. Ramai yang menggemari kulit ayam ini sama ada kulit ayam yang digoreng sendiri atau pun kulit dari ayam goreng restoran makanan segera. Memang tidak dinafikan, kulit ayam texas, ayam kfc atau ayam McDonalds ini memang sangat enak. Ia digemari oleh semua golongan umur dan jantina. Sehinggakan kadang kala ada yang sanggup ketepikan kulit ayam ini untuk makan kemudian.
Namun agak pelik apabila seorang insan yang bergelar perempuan tidak menggemari atau makan kulit ayam ini, kerana kira-kira 90 peratus perempuan tersangat gila pada kulit ayam. Bahkan jika terambil kulit ini pasti menangis atau menyebabkan kemarahan yang luar biasa.
Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila ada sebuah video yang dikongsikan oleh Fyna & Naz. Di mana lelaki dalam video berkenaan seolah-olah tidak percaya apabila teman wanitanya menghulurkan kulit ayam texas kepadanya. Kata teman wanitanya, dia tidak mahu lalu menghulurkan kulit tersebut ke dalam bekas makanan Naz.
Kerana tidak percaya dengan tindakan Fyna, Naz bertanya beberapa kali apakah dia serius. Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan Fyna memberikan hampir kesemua kulit ayam tersebut kepada teman lelakinya.
@officialfynaaaz Satu dalam sejuta 🤣
@officialfynaaazSatu dalam sejuta 🤣♬ Perempuanku – Irwansyah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen dan reaksi dari warga TikTok. Namun ramai yang seolah-olah turut tidak percaya dengan apa yang dilakukan oleh wanita ini. Mana tidaknya, ia seolah-olah melanggar hukum alam bila mana perempuan tidak menyukainya.
Ada juga yang sempat meninggalkan komen mengatakan dia pun tidak makan kulit ayam namun tidak tahu untuk memberikan kepada siapa. Dalam masa yang sama ada juga yang menyatakan selepas video ini dirakam pasti wanita berkenaan bakal mengambil balik.
Jika benar wanita berkenaan tidak makan kulit ayam, memang agak pelik dan sesuatu yang jarang berlaku. Kerana kebiasaannya kulit ayam ini sangat sinonim dengan perempuan. Walaubagaimanapun, jangan selalu makan kulit ini ya. Agak berbahaya untuk kesihatan.
Kredit: TikTok Fyna & Naz