Bebola merupakan antara makanan segera yang sangat digemari oleh orang ramai. Bukan sahaja penduduk di Malaysia yang menggemari makanan segera ini namun penduduk di negara lain juga tersangatlah menggemarinya. Terdapat pelbagai aneka pilihan bebola antaranya bebola ayam, ikan, daging, ketam dan sotong.
Selain dibeli dari Supermarket dan digoreng sendiri, makanan segera ini juga turut boleh didapatkan di mana-mana gerai atau kedai yang menjual makanan ini. Namun sekiranya korang tidak yakin dengan produk yang dipasarkan oleh pemasar, korang boleh sahaja membuat sendiri di rumah bebola ini.
Berkenaan dengan bebola ini, terbaharu ada sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang wanita Aby Safwan, menerusi grup Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN) berkenaan dengan kejadian yang agak menyeramkan. Di mana dia menemui serpihan kayu di dalam bebola yang dimakannya.
Tidak dapat diketahui dengan lebih jelas dari mana dia mendapatkan makanan segera berkenaan. Namun jelas kelihatan serpihan kayu bersaiz lebih kurang satu inci pada bebola yang sudah dimakan separuh itu. Dalam masa yang sama tidak dapat dipastikan juga sama ada ia chicken ball atau fishball, kelihatan seperti chicken ball.
Ekoran perkongsian itu, rata-rata warganet meninggalkan komen mengutarakan pendapat masing-masing. Pelbagai pendapat dan reaksi dari warganet namun yang paling ketara adalah apabila ada warganet yang berasa bimbang sekiranya selumbar dari serpihan kayu tersebut terlekat di tekak.
Tidak kurang juga ada yang berseloroh mengatakan wanita ini adalah insan terpilih dan ada juga yang menulis setakat satu buang sahaja. Mungkin penjual pun tidak perasan serpihan kayu ini.
Semoga selepas ini korang dan kita semua berhati-hati dalam soal pemakanan. Bendasing seperti kayu, besi dan kaca adalah satu benda yang menakutkan. Jika tertelan atau terlekat di tekak pastinya ianya satu penyeksaan. Belum lagi jika terus masuk ke dalam perut, bimbang berlakunya luka dalaman.
Kedengaran agak biasa, namun kesannya adalah cukup menakutkan. Semoga kita semua tidak kira peniaga atau pelanggan, sama-samalah berhati-hati. Semoga kita semua dilindungi dari sebarang kejadian yang mudaratkan.
Kredit: Aby Safwan