Ikan pari merupakan antara ikan hidupan air masin yang digemari ramai. Ikan ini berkembang biak dengan cara melahirkan dan bertelur. Oleh kerana itu ikan pari ini tergolong dalam golongan haiwan ovovivipar. Embiro yang menjadi anak dari haiwan atau binatang dari jenis ini biasanya akan berkembang dalam telur.
Telur tersebut akan berada dalam badan ibu sehinggalah ia menetas. Selain ikan pari, ada lagi beberapa jenis binatang lain yang berkembang biak melalui proses tersebut. Berbalik kepada ikan pari tadi, mesti ramai dalam kalangan korang yang pernah melihat ikan pari bunting kan?
Kebiasaannya ikan pari yang sedang bunting atau mengandung ini tidak dapat diketahui dengan jelas dan tepat. Ramai yang tidak perasan lebih-lebih lagi mereka yang tiada pengalaman berhadapan dengan situasi tersebut.
Malah ramai juga yang terbeli ikan pari bunting ini. Salah seorang daripadanya adalah wanita yang dikenali dengan nama Juliana Aziz menerusi akaun TikToknya. Menurut Juliana, dia terbeli ikan pari bunting dan tidak sampai hati hendak memasak ikan berkenaan apabila melihat ikan tersebut mahu melahirkan anak.
Menerusi video tersebut dapat dilihat Juliana sedang berusaha mengeluarkan anak ikan pari daripada perut ibunya. Dalam keadaan sebak dia cuba berusaha menarik keluar anak ikan pari itu.
Sempat meluahkan hasrat berasa serba salah untuk memasak ikan tersebut apabila melihat keadaan ikan yang sedemikian rupa. Biasalah, melihat sang ibu yang masih mempunyai anak di dalam perut, pasti sebagai manusia biasa kita akan berasa simpati.
Oleh hal yang demikian, Juliana menulis di ruangan caption “Tak pasal-pasal sis jadi bidan hari ni, terbeli ikan pari bunting. Rasa tak sampai hati pula nak buat jadi lauk asam pedas”.
@juliana.aziz Tak pasal2 sis jadi bidan hari ni, terbeli ikan pari bunting 🫣🫣🫣😩 rasa tak sampai hati pulak nak buat jadi lauk asam pedas
@julianaaziz89Tak pasal2 sis jadi bidan hari ni, terbeli ikan pari bunting 🫣🫣🫣😩 rasa tak sampai hati pulak nak buat jadi lauk asam pedas♬ What I Should Do – Sheeran, Laura
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan komen dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis, ianya adalah pembelian satu dan percuma satu. Namun dijawab baik oleh Juliana, katanya anak ikan tersebut tak sampai hati nak potong masak dan akhirnya dibuang sahaja.
Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, jangan tarik ekor. Adalah lebih baik jika tekan perutnya sahaja.
Dalam masa yang sama ada juga yang berseloroh menyatakan, asal muka dia macam mak dia. Ye la, dah nama anak ikan pari kan. Tak kan nak ikut rupa ikan lain pula.
Pasti situasi menemui ikan pari bunting ini turut dilalui oleh orang lain juga kan? Kebiasaannya jika pemancing yang menemui ikan ini ditengah laut, diaorang akan melepaskan anak tersebut. Malah pernah juga kelihatan, ada pemancing membantu ibu ikan pari ini melahirkan anak.
Sumber: TikTok Juliana Aziz
Baca juga: Lelaki Ini Tak Ambil Baki, Belanja Pelanggan Lain & Minta Doa Supaya Dapat Zuriat