Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » COVID-19: Terengganu Juga Batalkan Penganjuran Bazar Ramadan

COVID-19: Terengganu Juga Batalkan Penganjuran Bazar Ramadan

Kategori: ,
Bazar Ramadan

Kerajaan Negeri Terengganu telah mengumumkan pembatalan penganjuran bazar Ramadan tahun ini untuk mengekang penularan wabak Covid-19.

Perkara itu telah diumumkan oleh Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Dr Alias Razak yang telah dipersetujui pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) Terengganu.

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilanjutkan sehingga 14 April iaitu 10 hari sebelum Ramadan bermula. Kerajaan negeri Terengganu telah mengkaji kesesuaian pelaksaan bazar Ramadan tahun ini.

Untuk membasmi wabak ini, kerajaan negeri meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Terengganu membatalkan penganjuran bazar Ramadan tahun ini.

Sebagai persediaan akibat pembatalan ini, para peniaga juga disarankan untuk membuat perniagaan secara dalam talian, perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk sebarang bentuk produk makanan menggunakan platform seperti GrabFood, Foodpanda atau seumpama dengannya.

Sumber: Astro Awani

tags: