Membelanjakan segala harta pada jalan Allah SWT adalah dikenali sebagai ‘Bersedekah’. Ini ditunjukkan sebagai diri ini atas dasar untuk mendekatkan diri kepada si Pencipta. Sesungguhnya besar nikmat ganjaran yang diberikan oleh-NYA jika mereka berada di paksi jalan yang betul.
Namun tak semua orang faham erti ‘Sedekah’ yang sebenar apabila si pemberi tergamak memberi barang-barang yang sudah buruk dan tidak patut diberikan kepada orang yang memerlukan.
Perkongsian yang dikongsikan sendiri oleh Puan Ella Osman di Facebook Profile beliau mengatakan sungguh terkilan apabila individu bersedekah dengan cara begini.
“Bukan nak buka aib, tapi patut ke anak-anak mendapat makanan yang seumpama begini?” tanya beliau.
Puan Ella Osman merupakan Penjaga Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-Anak Yatim Miskin Selangor. Beliau menjelaskan, ada yang memberi lebihan kerak nasi lemak.
Jika dilihat daripada gambar yang dikongsikan, seumpama seperti ingin memberi makan kepada ayam atau itik.
Tidak cukup daripada itu, mereka juga ‘sedekah’ dengan memberi tilam yang sudah buruk dan berwarna ‘coklat’. Puan Ella Osman terpaksa membakar tilam tersebut kerana jual juga tidak laku.
Semoga Si Pemberi mengerti apa erti sebenar maksud sedekah kerana ini bukan cara yang sebenar. Risau jika diberi makanan seperti itu, ada yang terkena keracunan makanan dan sebagainya.
Meninjau di ruangan komen di ‘posting’ Puan Ella Osman, ramai yang mengatakan bukan disini sahaja kena. Malah, di pusat tahfiz, rumah anak-anak yatim lain juga sama seperti ini.
Renung-renungkan lah bersama, nasihat pada diri kita sendiri. Cuba letak diri kita di tempat anak-anak yatim, sanggupkah kita makan makanan seumpama begitu?
Fikir-fikirkanlah jika ia berlaku kepada anak-anak kita sendiri. Fikir dan terus berfikir.
Kredit: Puan Ella Osman
Baca Juga: “Saya Bangun 4 Pagi Sediakan Makanan 34 Anak..”, ‘Ibu’ Muda Ini Mendapat Pujian Netizen Kerana..