Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terhibur! Minta Anak Darjah 4 Masak Nasi 4 Pot, Namun Dimasaknya 8 Pot. Masak Untuk Esok Terus Katanya!

Terhibur! Minta Anak Darjah 4 Masak Nasi 4 Pot, Namun Dimasaknya 8 Pot. Masak Untuk Esok Terus Katanya!

Kategori:
anak darjah 4 memasak nasi 8 pot

Pasti ada sahaja kelakuan anak-anak yang melucukan yang membuatkan kita teringat-teringat sampai bila-bila kan. Seperti mana kisah yang dikongsikan oleh Ceq Erra di group MAHN berkenaan dengan anaknya. Dimana anaknya yang berumur 10 tahun memasak nasi dengan kuantiti yang banyak.

Pada mulanya, Ceq Erra meminta anaknya memasak nasi sebanyak 4 pot memandangkan dia kurang sihat. Namun apa yang mengejutkan adalah hasilnya. Penuh periuk 4 pot, sudah jadi macam kek.

Apabila ditanya pada anaknya, jawapan yang diberi agak melucukan kerana anaknya itu memasak nasi untuk keesokkan harinya juga.

Suruh anak darjah 4 memasak nasi namun..

Bila mak tak sihat. Nak bangun pun kena ada yang paut pegang. Gara-gara melawak main hantu-hantu dengan anak sampai tertungging pakat lari konon. 

Pastu hari ini tak boleh masak. 

Suruh anak darjah 4 masakkan nasi. Nah haih, jadi kek naik penuh periuk 4 pot dia. Jawapan yang diberi, masak sesiap untuk esok la mama kan senang. Jadinya 8 pot hampa. Tak tahu nak gelak ke nak murung. 

masak nasi

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kejadian tersebut. Dalam masa yang sama ada juga yang memuji adik tersebut. Walaupun baru darjah 4, namun dia sudah pandai memasak nasi. Nasi yang dimasak juga sangat elok kejadiannya.

Cantik kejadiannya..

Dia melawak dengan mak tu..

Biasalah kanak-kanak ini memang akan berfikiran lebih jauh. Orang cakap berfikir di luar kotak. Apa pun kerajinan dan kepandaian anak wanita ini harus dipuji. Semoga menjadi anak yang solehah dan sentiasa membantu memudahkan kerja si ibu.

Sumber: Ceq Erra Via MAHN

Baca juga: Resepi Nasi Dagang Terengganu Guna Beras Basmathi, Lebih Sedap & Lembut Je!

tags: | |