Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terima Botol Kicap Pecah Di Jepun, Tak Sangka Ini ‘Balasan’ Pihak Cap Kipas Udang

Terima Botol Kicap Pecah Di Jepun, Tak Sangka Ini ‘Balasan’ Pihak Cap Kipas Udang

Kategori:
Cap Kipas Udang

Sebut je jenama hicap Habhal’s Cap Kipang Udang, pasti ramai yang sudah mengenalinya kerana ia merupakan salah satu jenama kicap yang telah menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Malah ada juga sebahagian rakyat Malaysia di perantauan yang sanggup membeli kicap tersebut dari Malaysia dengan menggunakan khidmat pengeposan walaupun dikenakan caj penghantaran yang tinggi.

Seperti perkongsian oleh @mizaazaini, dia berkongsikan pengalaman sewaktu menghantar bungkusan yang mengandungi kicap Cap Kipas Udang kepada sepupunya yang kini menetap di Jepun.

Menerusi tweet olehnya di Twitter, dia berkongsikan kisah di mana kicap yang dihantar telah pecah apabila tiba di Jepun.

Ekoran kejadian itu, ahli keluarganya telah bertindak menghantar mesej kepada Syarikat Cap Kipas Udang untuk memaklumkan kejadian tersebut.

Susulan daripada mesej tersebut, Cap Kipas Udang sendiri telah membalas mesej yang dihantar untuk memberi ganti rugi berikutan daripada kejadian yang berlaku.

Apa yang mengejutkan, pihak Cap Kipas Udang telah membuat ganti rugi dengan menghantar beberapa botol kicap dan bukan itu sahaja, malah turut memberi beberapa bekas kaya ke Jepun.

Menurut sumber sebuah portal, pihak mereka pada awalnya tidak mengharapkan pihak Cap Kipas Udang untuk memberi sebarang ganti rugi namun mereka tetap bersyukur atas pemberian yang diterima.

Sumber: @minaazaini

tags: