Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Sweet Sangat Ayah Dia..” Terjumpa 2 Beranak Sambut Hari Lahir Di Secret Recipe, Ramai Yang Tersentuh Bila..

“Sweet Sangat Ayah Dia..” Terjumpa 2 Beranak Sambut Hari Lahir Di Secret Recipe, Ramai Yang Tersentuh Bila..

Kategori:
sambut hari lahir berdua

Selain hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir juga merupakan hari yang sentiasa diingati dan disambut oleh sebahagian dari kita. Menyambut hari lahir atau pun hari-hari bahagia ini sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini.

Ada yang menyambut dalam keadaan meriah dan serba mewah namun ada juga yang menyambut dalam keadaan biasa sahaja. Tanpa belon, tanpa orang ramai namun ia cukup memberi makna.

“Sweet Sangat Ayah Dia..” Terjumpa 2 Beranak Sambut Hari Lahir Di Secret Recipe, Ramai Yang Tersentuh Bila..

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan seorang ayah yang kelihatan sangat sweet sewaktu menyambut ulang tahun kelahiran puterinya di Secret Recipe.

Video yang dikongsikan oleh Ernie Eyra ini telah membuatkan orang ramai tersentuh. Begitu juga dengan Ernie sendiri, mana tidaknya, pada ketika itu hanya kelihatan si ayah bersama seorang puterinya sahaja. Si ibu tidak kelihatan di situ.

Apabila melihat situasi itu, pasti sedikit sebanyak ia menimbulkan persoalan dalam benak fikiran kita bukan? Di manakah ibunya, kenapa hanya ada si anak dan ayahnya sahaja walhal itu adalah momen terpenting bagi si anak.

Walaubagaimanapun, tidak siapa tahu akan kisah sebenarnya melainkan si ayah dan si ibu sahaja. Hal tersebut dilihat oleh Ernie sewaktu dia keluar makan tengah hari dan dalam masa yang sama dia juga sempat mendoakan 2 beranak tersebut agar bahagia sentiasa.

“Pergi lunch kat Secret Recipe, terjumpa 2 beranak ni. Sweet sangat ayah dia nyanyikan “happy birthday” kat puteri dia. Dalam hati terfikir mana mak budak ni. Pape pun semoga bahagia both of you. Jaga amanah Allah sebaik mungkin”, tulis Ernie dalam video tersebut.

https://www.tiktok.com/@erniesym94/video/7138585482123939099?_r=1&_t=8VOhYMwXktW&is_from_webapp=v1&item_id=7138585482123939099

@erniesym94♬ suara asli – Novallisa

Kadang isteri pi kursus ke..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai komen menarik yang ditinggalkan oleh warga TikTok. Bukan sahaja ramai yang berasa tersentuh namun ada juga yang meninggalkan komen menyatakan kadangkala dia akan bagi me time dekat suami dengan anak. Memandangkan suaminya kerja jadi tidak banyak masa dengan anak.

“Kadang kan, saya bagi me time dekat suami dengan anak. Sebab suami kerja so tak banyak sangat masa dengan anak. So kita bagi chance lah diaorang spend time”, tulis AtikahRahin di ruangan komen.

Malah ada juga yang menulis, anak perempuan adalah anak kecil bagi seorang ayah buat selama-lamanya walaupun anka tersebut sudah besar. Kasih sayang ayah sepanjang masa katanya.

“Anak perempuan adalah anak kecil bagi seorang ayah buat selama-lamanya walaupun sudah besar. Kasih ayah sepanjang zaman” – Mfzie83

Manakala menurut pemilik akaun TikTok BudakKampung939 pula, “Kadang isteri pi kursus ke, baru bersalin ke, tak sihat ke. Dah birthday anak, nak bagi dia seronok. Kita bawa la gak sambut luar. Been there, done that..”

Mungkin juga betul apa yang dinyatakan oleh BudakKampung939 itu. Mungkin ibu anak perempuan tersebut ada hal yang tidak dapat dielakkan, oleh sebab itu mereka hanya sambut hari lahir berdua sahaja di Secret Recipe. Walau apa pun, semoga mereka bahagia selalu.

Sumber: TikTok ernie.ayra

Baca juga: “Ee Gelinya..” Lelaki Terkilan Temui Banyak Ulat Dalam Makanan Yang Dipesan Melalui Food Delivery

tags: | | | |