Sibuk macam mana pun solatlah. Lewat macam mana pun solatlah. Jangan pernah tinggalkan solat. Kalau tak boleh nak solat diawal waktu sekali pun solatlah. Tapi jangan pernah tinggalkan solat. Sebab solat tu tiang agama. Nak lebih baik dan bahagia lagi solatlah diawal waktu.
Seperti apa yang dikongsi oleh Nor Hoda Haji Tarseh berkenaan dengan abang FoodPanda yang solat di koridor rumahnya. Menurutnya sewaktu beliau pulang bekerja, beliau mendapati ada orang solat di koridor rumahnya. Yang sedang solat itu adalah rider FoodPanda.
Selepas rider FoodPanda itu solat dia memohon maaf. Dia sudah memberi salam tetapi tiada orang. Tetapi dia nampak ada paip air, jadi dia pun ambil wuduk dan solat. Menurut rider FoodPanda itu juga dia nampak lantai itu bersih dan ada ayat kursi di pintu jadi dia solat.
Uncle balik kerja.. tengok tengok ada orang solat di koridor rumah..
Lepas solat dia kata.. Maaf bang.. saya dah lewat..Saya bagi salam.. takde orang.. tapi saya nampak ada paip air.. jadi saya pun ambil wuduk dan solat.. saya nampak lantai ni bersih.. dan ada ayat qursi di pintu.. jadi saya solat lah..
Tak pe dik.. kau solat lah. kiblat kau tu pun betul.. mungkin hidayah Allah.
-Nor Hoda Haji Tarseh-Uncle balik kerja.. tengok tengok ada orang solat di koridor rumah..
Lepas solat dia kata.. Maaf bang.. saya dah lewat..Saya bagi salam.. takde orang.. tapi saya nampak ada paip air.. jadi saya pun ambil wuduk dan solat.. saya nampak lantai ni bersih.. dan ada ayat qursi di pintu.. jadi saya solat lah..
Tak pe dik.. kau solat lah. kiblat kau tu pun betul.. mungkin hidayah Allah.
-Nor Hoda Haji Tarseh-
Perkongsian tersebut jelas menunjukkan bahawa tetaplah menjaga solat dan memang tiada alasan untuk kita meninggalkan solat. Sudah bermacam-macam yang Allah berikan kepada kita jadi janganlah sombong. Solatlah. Solat itu tiang agama. Walaupun sibuk bekerja jagalah solat. Barulah berkat pekerjaan kita.
Kredit: Nor Hoda Haji Tarseh
Baca Juga: Rider Foodpanda & Lalamove Selamatkan Kucing Jalanan Ketika Banjir, Warganet Puji Tindakan Mulia Itu