Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Berniaga Sambil Bersedekah, Pelanggan Terkejut Jumpa Duit Dalam Roti Canai Frozen

Berniaga Sambil Bersedekah, Pelanggan Terkejut Jumpa Duit Dalam Roti Canai Frozen

Kategori:
dalam roti canai frozen

Roti canai merupakan hidangan yang boleh dikatakan digemari ramai oleh masyarakat di negara Malaysia. Rasanya yang sedap dan dihidangkan bersama kuah kari, kacang dal atau kuah yang menjadi pilihan tersendiri memang mengenyangkan.

Ia biasanya dimakan di pagi hari ketika sarapan ataupun makanan ringan ketika malam. Untuk yang ingin memakan roti canai di rumah dan tidak mahu keluar, terdapat versi roti canai frozen yang senang dimasak dijual di pasaran. Hanya nyalakan api dapur dan goreng hingga masak. Senang je!

Berniaga Sambil Bersedekah, Pelanggan Terkejut Jumpa Duit Dalam Roti Canai Frozen

Menyebut hal roti canai frozen, terdapat satu kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok Cheq_Siti tentang roti canai frozen mengejutkannya dan orang ramai. Ia apabila roti canai frozen yang dibelinya dihadirkan bersama sedekah oleh penjual terbabit.

Melalui perkongsian video dan gambar itu, terdapat selitan RM1 yang diselit bersama setiap pembelian bungkusan roti canai frozen.

dalam roti canai frozen

“Berniaga sambil bersedekah. Walaupun hanya RM1 terkejut jumpa dalam roti canai frozen.

“Kalau semua dia letak RM1 dalam tu, beli 10 bungkus dalam RM10,” katanya menerangkan kisah terkejut jumpa duit dalam roti canai frozen yang dibelinya.

Perkongsian tersebut meraih sehingga 25 ribu tontonan bersama 400 lebih tanda suka oleh orang ramai.

dalam roti canai frozen

Meninjau ruangan komen, ada netizen menyatakan pembelian yang dibelinya diibaratkan dapat cashback kembali apabila mendapat pulangan yang berbentuk sedekah itu.

“Macam Dapat Cashback”

dalam roti canai frozen

Melalui perkongsian kisah pelanggan terkejut jumpa duit dalam roti canai frozen ni, orang ramai boleh menjadikan ia sebagai satu nasihat. Sentiasa percaya dengan rezeki Tuhan untuk tidak lokek bersedekah dan berkongsi rezeki bersama makhluk lain.

Mungkin RM1 kelihatan kecil bagi orang, tetapi niat membantu dengan ikhlas tidak mengira latar belakang merupakan hal yang besar bagi si penerima dan si menerima. Roti canai frozen nya pun nampak sedap kan?

Semoga kita semua dimurahkan rezeki untuk sama-sama membantu antara satu sama lain.

Sumber: Cheq Siti

Baca lagi: “Oyster Low Class B40..”, Kenyataan Angkuh Lelaki Ini Cetus Kemarahan Netizen

tags: | | |