Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak aduan pelanggan yang terjumpa benda pelik-pelik dalam makanan bungkus dari kedai. Oleh itu, amat penting untuk pelanggan lebih berhati-hati.
Seperti yang tular baru-baru ini, seorang wanita terkejut apabila dia mengalami sendiri kejadian terjumpa benda pelik dalam makanan. Kuetiau yang dibeli dari kedai menggunakan pesanan atas talian menunjukkan ada bendasing kelihatan seperti plaster luka dalam hidangannya.
Menurut Mstar, makanan tercemar tersebut merupakan kuetiau goreng yang dibeli melalui servis penghantaran makanan dari sebuah kedai di Bukit Bintang, Kualan Lumpur.
Lebih meloyakan apabila plaster luka yang digoreng bersama kuetiau itu dipercayai sudah digunakan.
“Terdapat plaster yang sudah dipakai dalam kuetiau Saya nak menangis.
“Geli OMG (Oh My God) sudahlah plaster telah digunakan,” tulisnya bersama gambar di ciapan jumpa plaster luka dalam kuetiau itu.
Selain itu, jelas Hannah ketika membalas ciapan bebenang di Twitter, dia pada mulanya menyangka bendasing tersebut sebagai kulit ayam. Katanya lagi, dia kemudiannya meletakkan ‘kulit ayam’ tersebut di tepi (atas penutup makanan) dan meneruskan menjamu selera.
Setelah hampir selesai makan, barulah rakan kepada wanita ini menyedari mengenai plaster diasingkan itu.
“Separuh jalan makan baru saya perasan benda tu. Saya sangkakan plaster itu cuma kulit ayam jadi saya biar tepi.
“Lepas tu kawan saya nak habiskan makanan, dia yang perasan,” ujarnya lagi tentang kisah plaster luka terpakai dalam kuetiau.
Sementara itu pengendali akan Twitter @GrabMY turut melahirkan rasa terkejut dengan penemuan berkenaan. Katanya mereka akan menyiasat dakwaan kecuaian membabitkan rakan niaga Garb itu dengan segera.
“Saya mminta maaf kerana peniaga tidak memantau perkara ini dengan betul semasa penyediaan makanan! Sila DM kepada kami nombor telefon dan nombor tempahan,” kami akan menyemaknya,” demikian tulis pengendali Twitter Grab menjawab isu plaster luka terpakai dalam kuetiau.
Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi warga maya yang turut merasakan insiden tersebut cukup menggelikan sehingga ada yang hampir muntah. Malah beberapa warganet turut berkongsi pengalaman berserta gambar mereka menjumpai bendasing seperti kuku, paku, ulat, puntung rokok, dan banyak lagi dalam makanan mereka sebelum ini.
“Dah hancur benangnya, mesti owner dah pakai lama.
“Sebab tu dalam F&B (food and beverage) diharamakan pakai plaster warna kulit macam ni kalau luka, kalau luka kena pakai plaster bercorak. Sekalli pandang nampak macam sotong. Maaf.
“Aduh kalau setakat ulat saya masih boleh tahan lagi. Yang ni! Dah la used plaster. Gila bayangkan orang tu ada penyakit berjangkit,” komen netizen membalas ciapan asal.
Untuk rekod, hantaran tersebut telah diulang kicau lebih 4,200 kali dan menerima lebih 4,200 tanda suka.
Sumber: mStar
Baca juga: Pelanggan Tanya Soalan Dekat Peniaga Kedai Makan, Tak Sangka Dia Tiba-Tiba Menangis. Ini Ceritanya..