Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Kerana Terlalu Rindu Tuannya, Kucing Tak Makan Cuma Minum. Hari-Hari Bawa Ke Kubur!

Kerana Terlalu Rindu Tuannya, Kucing Tak Makan Cuma Minum. Hari-Hari Bawa Ke Kubur!

Kategori:

Walaupun kucing adalah salah satu haiwan yang tidak mempunyai akal namun sebenarnya ia punya hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia sudah lama dibela oleh tuannya. Begitulah kisah seekor kucing yang lemah fizikalnya kerana merindui arwah tuannya.

Memang sebak membaca kisah yang dikongsikan oleh Syahrul Ayoi ini. Melihat fizikal kucing yang begitu rindukan tuannya yang sudah meninggal dunia. Jika kucing boleh berbicara, pasti dia sudah memberitahu bagaimana perasaanya.

Setiap hari bawa kucing bagi melepaskan rindu….

Cerita petang tadi di perkuburan Econsave Senawang. Nak balik dari menziarahi kubur mak, ada budak nie bawak kucing yang agak lemah ke kubur. Bila ditanya, kubur tu adalah arwah ayahnya dan kucing yang dia bawak tu adalah kucing peliharaan arwah ayahnya..
Sejak arwah ayahnya meninggal sebulan lalu, kucing nie langsung tak nak makan dan hanya minum sahaja. Anak arwah nie bawak kucing nie ke kubur setiap hari bagi melepaskan kerinduan kucing nie terhadap tuannya.
Semoga arwah dibalas dengan syurga tempatnya dan semoga kucingnya ini sihat seperti sediakala…..amin

Menurut Syahrul juga, kucing itu masih bernyawa cuma saja keadaanya lemah. Sebab tak mahu makan sejak arwah tuannya meninggal dunia. Hanya minum air. Tambah Syahrul lagi, apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila sampai je kubur arwah, kucing tersebut akan mengiau. Lepas tu dia terbaring macam tu je. Kain hijau yang dibuat alas itu adalah kepunyaan arwah.

Katanya anak arwah sememangnya kerap membawa kucing itu ke kubur arwah bapanya. Manakala Syahrul sememangnya setiap hari ke kebur selepas pulang dari kerja bagi menziarahi kubur emaknya yang meninggal bulan 11 yang lepas. Walaupun hari-hari ke kubur, Syahrul cuma direzekikan bertemu budak itu untuk dua ke tiga kali setiap kali ke tanah perkuburan.

Jadi apa yang kita boleh jadikan pengajaran di sini adalah, jalinan kasih yang terbina antara manusia dan haiwan peliharaan. Walaupun kucing tersebut tidak boleh bercakap dan tidak mempunyai akal tapi dia masih mempunyai hati dan perasaan.

Sumber: Syahrul Ayoi
tags: