Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Mungkin Ini Cara Dia Menghayati..”, Terlalu Suka Tealive, Kanak-Kanak Ini Menangis Gara-Gara…

“Mungkin Ini Cara Dia Menghayati..”, Terlalu Suka Tealive, Kanak-Kanak Ini Menangis Gara-Gara…

Kategori:
Terlalu Suka Tealive, Kanak-Kanak Ini Menangis Gara-Gara

Tealive merupakan antara rangkaian kedai minuman yang sangat popular di Malaysia. Memiliki banyak cawangan malah di setiap negeri pasti akan ada kafe Tealive ini dibuka. Seiring dengan itu, ramai golongan yang menggemari minuman ini. Tidak kira tua, dewasa, muda atau pun kanak-kanak.

Setiap minuman yang dihasilkan atau dijual oleh Tealive ini memang memuaskan, lihat sahaja semenjak ia dibuka sehingga kini ia dapat bertahan. Bahkan ada sahaja menu baharu yang dikeluarkan. Namun apa yang membuatkan orang ramai kurang selesa adalah mengenai straw atau penyedup minuman yang disediakan oleh pihak mereka ini.

Memandangkan ingin mengurangkan penggunaan plastik jadi ramai syarikat yang menukarkan penyedup minuman plastik kepada kertas. Apabila menggunakan kertas, straw terbabit akan cepat hancur atau pun lenyek. Hal tersebut turut terjadi kepada anak salah seorang pengguna TikTok, papa kepada adyan dan aisy.

Menangis gara-gara straw Tealive lembik

Menurut lelaki ini, anaknya memang sangat menggemari air Tealive. Sehinggakan jika ke Tealive, pasti pekerja di sana sudah sangat mengenali anaknya itu. Kerana terlalu menggemari air tersebut, adik ini menangis gara-gara penyedup minuman tersebut sudah hancur dan menyebabkan dirinya sukar untuk minum.

Oleh kerana itu dia menangis dengan kuat sekali, jika tidak diketahui apa sebabnya pasti ramai yang ingat kanak-kanak ini menangis dipukul atau dimarah. Pastinya ramai yang memahami apa yang adik ini rasa, bayangkan kita terlalu menggemari makanan atau minuman tersebut. Namun apabila disedut sama sekali tidak masuk.

https://www.tiktok.com/@papakepadaduaanak/video/7040831376748186907?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id7029156571620214274

@papakepadaduaanak anak oh anak…mcm2 ragam,suka sgt tealive tu..mohon tealive amik dia bekerja hahaha😅😅😅#papaduaanak#fypシ゚viral🖤tiktok#tealivemalaysia#fypシ゚viral#masukberandafyp ♬ suara asli – Ziell Ferdian

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan maklum balas dari warga TikTok. Ada yang meminta ibu kepada kanak-kanak ini agar memujuknya.

Pujuk la sis..

Tidak kurang juga ada yang berasa geram dan meminta jangan dibuli anak-anak. Dalam masa yang sama, ada juga warga tiktok yang memahami memang straw tealive akan lembik apabila digigit.

Geram je..

Lembik kalau lama dalam cup..

Kalau orang dewasa pun boleh undang kecewa kalau kena macam ni. Apatah lagi kanak-kanak. Walaubagaimanapun, semoga Tealive hasilkan straw yang lebih baik lagi lepas ni.

Kredit: TikTok papa kepada adyan dan aisy

Baca juga: Harga Secawan Teh Mencecah Ratusan Ringgit, Teh Tahi Panda Antara Yang Termahal Di Dunia?

 

tags: |