Kalau pergi Thailand wajib cari Banana Pancake ni! Tapi sekarang musim PKP, memang susah nak dapat. Jadi apa kata buat sendiri je kat rumah. Baru puas hati, boleh makan banyak-banyak kan!
Jom ikuti perkongsian daripada amartian ini.
Thai Street Banana Pancake. I dapat resepi ni from a Facebook user named Von Chin, I olah sikit. Senang je I promise you. Guna paratha segera tu je! A thread
I guna frozen paratha brand Tisha tapi brand apa pun okay je. Dia kan ada plastik kan, you jangan buang. You biar dia atas plastik, letak dalam pinggan. Biar defrost for 5 minutes.
Bila dah lembut tu you susun sliced bananas camni. Kalau ikut betul susun 12 tapi I susun 9 je hahaha. Pastu lipat macam dalam gambar.
Panaskan pan, letak butter. I letak salted butter sebab suka masin-masin dia tu. Nak guna minyak pun boleh tapi butter lagi sedap la. Takde butter, pakai je la marjerin okay je. Remove dari plastik, letak dalam pan. Biar 2-3 minit.
Nanti sprinkle sugar sikit, sikit je takyah banyak. Lepas tu flip dia macam tu. Biar lagi 2-3 minit supaya masak and garing.
Nanti dah masak, angkat. Sapu chocolate hazelnut spread. Kalau tak suka chocolate, ganti susu pekat manis. Potong, makan suam-suam tu sedap!