Akhir-akhir ini memang heboh berkenaan dengan pengambilan pelbagai makanan tambahan atau supplement seperti Vitamin C untuk memiliki kesihatan tubuh badan yang baik serta kualiti kulit wajah yang berseri. Lambakan vitamin C yang dijual di pasaran ini kadangkala membuatkan masyarakat pening untuk membeli yang mana satu.
Berkenaan dengan Vitamin , baru-baru ini tular sebuah perkongsian video yang dimuat naik oleh seorang penggunan di Twitter @ekynaris mengenai salah seorang TikTok famous yang mengesyorkan pengambilan Vitamin C pada kadar dos maksimun yang terbaik 2000 mg sehari.
https://twitter.com/ekynaris_/status/1357909939511939072?s=20
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan mendakwa dos vitamin C sebanyak 2000mg sehari adalah dos yang paling disyorkan pengambilannya untuk sehari. Tambahan pula musim pada musim COVID-19 ini. Beliau menjamin kesemua dos berkenaan akan diserap sepenuhnya ke dalam tubuh badan tanpa berlaku pembaziran dos yang dibuang menerusi pencernaan air kencing.
Video tersebut mendapat kecaman netizen. Kebanyakan netizen menyangkal pendapat wanita ini kerana dos 2000mg Vitamin C sehari mampu memudaratkan kesihatan. Namun wanita terbabit membalas dengan menulis caption “Google sebelum hujah”.
Kadar dos Vitamin C yang paling tinggi memang mampu mencerahkan kulit wajah serta baik bagi sistem pencernaan tubuh badan. Namun jika dicari info menerusi Google, rata-rata pakar kesihatan menjelaskan bahawa kadar vitamin C yang paling maksimun diperlukan oleh tubuh badan manusia hanyalah 400 mg sehari.
Isu ini turut menjadi perbualan hangat oleh netizen di Twitter dan rata-rata dari mereka menganggap Tiktok famous berkenaan lebih mementingkan pendiriannya sendiri berbanding apa yang disaranankan dan disyorkan oleh pakar kesihatan atau mereka yang pakar dalam bidang ini.
@dr.samhanReply to @mhdnrshmchmr vitamin c #tiktokdoctor #fypシ #fyp #tiktokmalaysia #learnontiktok #tiktokguru♬ original sound – Dr. Samhan
@dr.samhan Reply to @hisyam778 vitamin c #tiktokdoctor #fypシ #fyp #tiktokmalaysia #learnontiktok #tiktokguru
Menurut Dr Samhan, melalui akaun Tiktoknya. Beliau berkata hanya 400mg sahaja yang diserap oleh badan manakala kadar dos yang selebihnya akan diproses menjadi air kencing melalui proses penapisan buah pinggang.
Proses ini membuatkan buah pingang berkerja keras untuk menapiskan kandungan vitamin C dalam badan. Jika diamalkan selalu, buah pinggang akan menjadi rosak serta menyebabkan batu karang yang kronik.
Jadi buat anda diluar sana, berhati-hatilah dalam membuat keputusan. Jangan semata-mata untuk cantik, anda rela merosakkan tubuh badan. Cantik tu sekejap je, tapi tubuh badan yang sihat kita perlukan untuk seumur hidup kita, sehingga tua nanti. Kalau nak lebih selamat, jadikan sayuran atau buahan itu sebagai pengganti supplement Vitamin C agar kesihatan buah pinggang terjamin.
Sumber: Ekyn Aris