Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Rumah Jauh, Fee Sikit, Akak Rasa Berbaloi?”, Tindakan Rider Ini Buat Ramai Kesal, Ini Ceritanya..

“Rumah Jauh, Fee Sikit, Akak Rasa Berbaloi?”, Tindakan Rider Ini Buat Ramai Kesal, Ini Ceritanya..

Kategori:
tindakan rider

Bekerja sebagai seorang penghantar makanan atau lebih dikenali sebagai rider memang memerlukan kesabaran yang tinggi oleh sebab beberapa faktor luaran yang tidak boleh dijangka. Antaranya cuaca tidak menentu, ragam pelanggan yang tidak terjangkau dek akal, ataupun mekanikal motor yang mahal.

Tetapi, ia harus dihadapi juga untuk mencari rezeki bagi mengisi perut. Pelbagai kisah rider yang dimuatnaik di media sosial dalam berkongsi pengalaman tidak kira dari sisi rider ataupun dari sisi pelanggan.

“Rumah Jauh, Fee Sikit, Akak Rasa Berbaloi?”, Tindakan Rider Ini Buat Ramai Kesal, Ini Ceritanya..

tindakan rider

Baru-baru ini, tular sebuah ciapan oleh seorang pengguna Twitter yang juga seorang artis, Eyra Hazali mengenai pengalamannya berhadapan dengan seorang rider.

“So rider batalkan pesanan kami sebab bengang rider fee RM6 saja. Siap tanya, “rumah akak jauh, fee saya RM6 je akak rasa berbaloi ke tak?”.

“Aik, bukan kitaorang tentukan and you tak call kami balik untuk maklumkan pembatalan pesanan kami dan maki kami?”, katanya menceritakan tindakan rider berkenaan.

Tambahan itu, Eyra Hazali menyatakan bahawa dia lebih kesal dengan cara percakapan yang dituturkan oleh rider terbabit terhadapnya.

“Saya tiada masalah kalau cakap baik-baik. Tetapi tiba-tiba tinggikan suara sebab tak puas hati with the fees? Not cool at all. He even blamed us that we chose store yanng jauh sedangkan we only pinned our own home address and the app yang tentukan,” jelasnya lagi.

tindakan rider

Meninjau ruangan komen, ramai yang geram dengan sikap rider terbabit dan bukan menyalahkan semua rider. Kerana ada rider yang sangat baik dan menunjukkan hormat antara satu sama lain.

Misalnya, Shikin bercerita, “saya dulu masa stay Batu Gajah Perak, restoran pin yang Sri Iskandar punya. Kalau naik motor agak jauh jugak lah sebab naik kereta pun ambil masa lama sikit. Tapi rider tu baik sangat, hormat dekat kita as customers,” katanya berkongsi pengalaman mengenai tindakan rider.

“Pernah Dapat Rider Baik Walau Rumah Saya Jauh”

tindakan rider

Selain itu, ada netizen menyatakan berkenaan dengan rasa simpati kepada rider jika fee tidak berbaloi dengan apa yang dipesannya. Jadi dia mengambil keputusan untuk tidak memesan makanan. Tetapi, hal itu diperbetulkan oleh rider lain dan menyatakan bahawa jika dapat order lagi bagus daripada tiada langsung.

“Sebab tu kadang-kadang kalau fee dia macam RM 2.99 aku tak beli makanan kat kedai tu walaupun sedap. Sebab aku selalu fikir rider tak akan nak ambil pesanan aku ni. Aku selalu tengok kedai dan harga makanan serta delivery fee dia sekali.

Lalu, ciapan itu dibalas oleh rider lain, “bang, kadang fee’s customers bayar memang RM3 tapi nanti dorang akan buat adjustment dalam RM3-RM4 jadi rider akan dapat lebih dari RM5. So lepas ni, abang order je okay? Lagi banyak order lagi kamu suka hehe,” jelasnya.

“Order Je Walau Nampak Fee Rendah, Daripada Tiada Pesanan Masuk”

tindakan rider

Untuk kisah ini, semoga ia tidak memalit kepada rider lain juga. Adalah hal yang salah untuk rider terbabit memarahi pelanggan, tetapi ia tidak boleh dipalit kepada rider lain juga kerana semua di dalam kasut yang berbeza.

Diharapkan semua rider dipermudahkan rezeki dengan sistem yang adil.

Sumber: Eyra Hazali

Baca juga: Pekerja Kedai Makan Bagi ‘Surat’ Kepada Pelanggan, Reaksinya Memilukan

tags: | |