Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Orang Nak Duduk, Dia Tak Bangun-Bangun. Tindakan Wanita ‘Buat Bodoh’ Saat Makan Kenduri Undang Amarah Orang Ramai 

Orang Nak Duduk, Dia Tak Bangun-Bangun. Tindakan Wanita ‘Buat Bodoh’ Saat Makan Kenduri Undang Amarah Orang Ramai 

Kategori:
wanita buat bodoh saat makan kenduri

Pasti semua sudah sedia maklum, setiap kali tiba musim cuti pasti ramai dalam kalangan kita yang akan mengadakan kenduri perkahwinan. Ada yang menjemput tetamu jemputan dalam jumlah yang ramai namun ada juga yang sebaliknya. Bagi yang mempunyai bajet yang besar atau pun keluarga yang berada, pasti memang ramai jemputannya.

Namun bagi yang inginkan sambutan yang sederhana dan bajet yang rendah, majlis yang dilakukan hanya sederhana. Biarlah sederhana asal perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga. Kecil atau pun besar majlis yang diadakan tidak menjadi isu atau masalah pun. Apa yang menjadi masalah adalah apabila tetamu yang hadir ada yang mementingkan diri sendiri.

Sikap individu yang pentingkan diri sendiri saat makan kenduri

Seperti mana yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi aplikasi TikTok (dirahsiakan namanya), apabila wanita ini berasa kecewa dan marah apabila ada individu yang langsung tidak memikirkan orang lain. Hal tersebut adalah kerana ada individu yang bersikap pentingkan diri sendiri di mana dia tidak berganjak dari tempat duduknya walaupun sudah siap menjamu selera.

Lebih mengecewakan lagi adalah individu terbabit meletakkan pinggan nasi di atas kerusi kosong. Sedangkan pada ketika itu tiada siapa pun yang duduk. Malah hampir 15 minit wanita ini berdiri, individu tersebut masih lagi berborak bersama-sama kumpulannya.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan individu yang sangat pentingkan diri sendiri dan tak menghiraukan orang lain ini telah membuatkan ramai warganet marah dan tidak berpuas hati. Namun ada juga yang sempat mengatakan, dalam situasi seperti ini MC dan DJ perlulah memainkan peranan.

Lebih teruk lagi adalah apabila wanita ini sempat bercerita di ruangan komen mengenai ibunya ingin mengambil kerusi berkenaan. Namun ditarik cepat-cepat oleh individu berkenaan.

Angkat je kerusi tu dengan nasi..

Dalam masa yang sama ada juga yang sempat bercerita pernah menghadapi situasi yang sama. Memang panas hati bila kejadian seperti ini berlaku katanya.

Pernah juga kena macam gini..

Di samping itu, ada juga yang meninggalkan komen agar mendengar cerita kedua-dua belah pihak. Namun wanita ini menjawab dia sudah lama tunggu dekat meja berkenaan sehingga individu berkenaan bangun. Kerusi tersebut sememangnya kosong sahaja.

Kena dengar cerita 2 belah pihak..

Sepatutnya di tempat kenduri atau khalayak ramai seperti ini janganlah bersikap pentingkan diri sendiri. Ingatlah orang belakang juga. Jangan jadikan tempat makan kenduri tu adalah tempat untuk berborak atau lepak. Kasihanilah orang yang datang jauh-jauh. Jadi nasihat kami, tolong jauhi sikap buruk seperti ini.

Baca juga: Terpaksa Buat Grab & Makan Sekali Sehari Sebab Nak Buat Kenduri Kahwin Yang Gah Namun Rupa-Rupanya..

tags: | |