Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Tinggalkan Dapur Homestay Bersepah & Kotor, Wanita Ini Bengang Dengan Sikap Tetamu

Tinggalkan Dapur Homestay Bersepah & Kotor, Wanita Ini Bengang Dengan Sikap Tetamu

Kategori:
dapur homestay bersepah

Zaman sekarang kalau nak keluar bercuti sudah tidak perlu risau akan tempat penginapan. Lambakan tempat penginapan membuatkan para pelancong tidak risau soal mahu tidur di mana, mahu berehat di mana dan mahu makan di mana.

Selain hotel OYO, homestay juga menjadi pilihan utama mereka yang keluar bercuti. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Pastinya menginap di homestay adalah lebih selesa, luas dan nyaman berbanding tinggal di hotel.

Malah harganya juga lebih murah. Suka diingatkan, setiap kali menginap di tempat orang, tidak kira sama ada hotel, bilik mahu pun homestay pastikan tempat tersebut dijaga sebaiknya. Jangan tinggalkan tempat penginapan tersebut dalam keadaan kotor dan bersepah.

Ya, kebiasaannya kita sudah membayar sekali dengan cas untuk kebersihan namun begitu bukan kah lebih baik jika kita kemas sedikit dan tidak biarkan keadaan tempat penginapan tersebut dalam keadaan kotor.

Wanita bengang tetamu tinggalkan dapur homestay bersepah dan kotor

Seperti mana yang dikongsikan oleh syaza menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan kelakuan yang tidak sepatutnya daripada tetamu yang menginap di homestay miliknya. Tetamunya itu telah menginap di homestay berkenaan dan keluar tanpa membersihkan sedikit pun.

Dibiarkan dapur homestay bersepah dan kotor. Nasi pula dibiarkan di dalam periuk tidak bertutup. Keadaan tong sampah yang langsung tidak dialaskan dengan sebarang plastik serta kuali dan gelas tidak berbasuh membuatkan Syaza berasa sedih.

Malah menerusi video tersebut dapat dilihat dengan jelas keadaan dapur homestay berkenaan yang cukup mengecewakan. Ya, homestay tersebut bukan rumah kita namun bukankah ia telah menyusahkan pihak homestay?

Kalau pun malas, jangan tinggalkan homestay dalam keadaan sedemikian rupa. Tidak mahu buang sampah tak mengapa tapi pastikan keadaan dapur tu tersusun dan segala sampah serta sisa tidak berterabur.

 

https://www.tiktok.com/@shazira86/video/7132054475182722330?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

@shazira86 🥹🥹 #eirahomestay #tambun ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Saya kalau pergi hotel ke homestay ke buat macam rumah sendiri..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menulis komen, saya kalau pergi hotel ke homestay ke buat macam rumah sendiri, kemas segala sebelum tinggal. Bersih baru tenang nak tinggalkan.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pernah mengalami pengalaman yang lebih teruk ketika orang Arab menginap di hotel.

Perangai.. MasyaAllah..

Dalam masa yang sama ada juga yang terkejut dengan apa yang dikongsikan oleh wanita ini. Malah ada juga yang meninggalkan komen menyatakan, dia akan kemas balik kalau keluar, memandangkan dia berasa segan sebab tuan rumah dah tengok muka.

Mungkin selepas ini pihak homestay pula mengenakan cas bagi tetamu yang meninggalkan homestay atau pun dapur homestay dalam keadaan kotor dan bersepah. Bab kata orang ramai, pandai masak pandailah kemas. Pandai makan, pandailah simpan. Sampai bila orang nak buatkan untuk kita kan?

Pastinya jauh lebih baik jika kita menjaga tempat penginapan tersebut seperti rumah sendiri. Jangan susahkan orang lain agar diri kita pun tidak susah.

Sumber: TikTok Syaza

Baca juga:  “Muntah Hijau..” Rasa Menyesal Makan, Sangka Jem Roti Berperisa Coklat Namun Rupa-Rupanya..

tags: | | |