Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Banyakkan Sabun Basuh Pinggan Dari 1 Liter Jadi 5 Liter. Boleh Tahan Sampai 5 Bulan!

Tip Banyakkan Sabun Basuh Pinggan Dari 1 Liter Jadi 5 Liter. Boleh Tahan Sampai 5 Bulan!

Kategori: ,

Sabun cuci pinggan mangkuk sudah menjadi satu keperluan di setiap rumah. Tambahan pula pada musim perayaan ini, pasti ia lebih banyak digunakan memandangkan ramai keluarga dan tetamu yang berkunjung ke rumah.

Kalau banyak pinggan mangkuk serta kuali yang nak dibasuh, kadang-kala boleh jadi tak cukup stok sabun basuh pinggan yang ada di rumah!

Untuk membantu anda berjimat, di sini ada satu tip berguna yang anda boleh cuba. Cara yang dikongsikan oleh wanita ini membolehkan anda untuk gandakan 1 liter sabun menjadi 5 liter! Sangat menjimatkan dan boleh tahan sampai 5 bulan tau!

Jom kita tengok tip mudah dan menjimatkan ini.

Tip Banyakkan Sabun Basuh Pinggan, 1 Liter Sabun Boleh Jadi Stok Untuk 5 Bulan!

Tip ini sangat bagus untuk yang suka berjimat dalam perbelanjaan barang dapat. Memang sangat berbaloi sebab buihnya tetap banyak walaupun kuantitinya sudah digandakan.

Kalau ada banyak buih barulah best basuh pinggan,kan?

Bahan-bahan yang anda perlukan untuk gandakan sabun basuh pinggan adalah seperti berikut :

  • 5 liter air
  • 800 ml sabun (tak kira jenama apa-apa, di sini kita gunakan jenama Sunlight)
  • Garam paket kecil (anggaran dalam secawan)

Sabun Basuh Pinggan

Cara-cara :

  • Gaulkan ketiga-tiga bahan ini dalam bekas besar yang sesuai.
  • Siap untuk digunakan.

 

Sabun Basuh Pinggan Jika anda rasakan 5 liter terlalu banyak, anda boleh gandakan sabun basuh pinggan dengan isipadu asal 400 ml sahaja.

Anda hanya perlu kecilkan nisbah asal di atas (bahagi dua sukatan di atas).

Pastikan anda refill sabun pinggan yang sudah digandakan ke dalam bekas yang sesuai. Lagi bagus kalau anda gunakan semula botol sabun basuh pinggan yang memang dah habis.

Lepas larutkannya dengan air dan garam, anda bolehlah gunakan sabun basuh pinggan tu seperti biasa.

insyaAllah kesannya tetap sama macam sabun asal walaupun dah agak cair berbanding daripada kepekatan asal.

Yang penting, cara ini membuatkan sabun hasilkan lebih banyak buih dan pinggan mangkuk yang kotor juga dapat dibersihkan dan bebas minyak!

Sekarang, anda bolehlah jimatkan lagi penggunaan sabun basuh pinggan di rumah. Selamat mencuba!

Kredit : شهيد شهداء

tags: