Mesti ramai yang jengkel dengan situasi botol sos yang comot dan meleleh setiap kali nak masak, lebih-lebih lagi golongan mak-mak.
Keadaan botol sos yang comot dan meleleh macam tu buat kita tak semangat untuk menggunakannya ketika memasak. Hal ini kerana, apabila memegang botol tersebut sos tersebut akan terkena di tangan.
Selain itu, sos yang meleleh pada bahagian luar botol juga terdedah dengan persekitaran sebelum menjadi kering. Jadi, sedikit sebanyak kita merasa khuatir sama ada sos berkenaan masih selamat digunakan atau sudah tercemar.
Oleh itu, sebuah perkongsian tips oleh @awangdapur ini sangat berguna untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi anda.
1. Buat ‘baju’ pada leher botol menggunakan pad kapas
Pertama, basuh permukaan botol jika terdapat kesan comot pada permukaan luar botol sos. Ambil pad kapas dan lipat beberapa kali sehingga menjadi kecil.
Kemudian, ambil bahagian bucu lipatan dan letakkan pada bahagian tengah mulut botol sos. Hal ini adalah untuk membantu kita membuat anggaran saiz mulut botol tadi pada lipatan tisu tadi.
Selepas membuat anggaran, potong tisu mengikut anggaran jejari pada muncung botol. Setelah selesai memotong tisu, ambil bahagian luaran sahaja.
Akhirnya, sarungkan tisu ‘baju‘ tadi pada muncung botol sos terbabit. Dengan ini, sos tidak akan terpalit pada keseluruhan badan botol.
Jika tisu tersebut sudah terlalu kotor dan comot, anda boleh melakukan langkah yang sama untuk menggantikan ‘baju’ pada bahagian tersebut.
2. Trik semasa menuang sos
Semasa menuangkan sos dari botol, pastikan anda memusingkan botol tersebut. Dengan ini lebihan sos tidak akan meleleh pada badan botol sos.
Dengan memutarkan botol sos, anda juga dapat memastikan semua sos dapat dituang pada tempat yang sepatutnya dan tidak membazir.
Lihat video berikut untuk tahu lebih lanjut,
@awangdapur Replying to @CatMeowMeow Tips no 15: Elak botol sos kotor. #awangdapur #fyp #tipsdapur #tipsdapurbersih #tipsbotolsos
@awangdapur Replying to @CatMeowMeow Tips no 15: Elak botol sos kotor. #awangdapur #fyp #tipsdapur #tipsdapurbersih #tipsbotolsos ♬ SALSA HABANERO – MICHAEL WAYNE JONES
Sumber: awangdapur
Baca juga: Cara Simpan Ubi Kentang Agar Tahan Lama & Elak Bertunas Awal. Kekal Elok Walau Dah 2 Bulan!