Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tips Beli Barangan Dapur Untuk Lelaki Supaya Isteri Tak Marah

Tips Beli Barangan Dapur Untuk Lelaki Supaya Isteri Tak Marah

Kategori: ,
Tips beli barangan dapur

Tips beli barangan dapur ini khas untuk lelaki, memandangkan sempena Perintah Kawalan Pergerakan ni, hanya seorang sahaja daripada satu keluarga yang dibenarkan keluar untuk beli barang keperluan.

Jadi, lelaki sebagai ketua keluarga lah yang kena keluar.

Diharapkan dengan ada panduan ni, bapak-bapak sekalian tak ada yang tersilap lagi ye, susah pula bila bini korang marah nanti. Haha.

Perkongsian ini daripada saudara Harith Faisal yang dikongsikan di laman Facebooknya.

1. Daun Sup & Ketumbar

Daun ketumbar biasanya lebih kembang dan batangnya lebih pendek berbanding daun sup.

Jawapan
Kiri: Daun Sup
Kanan: Daun Ketumbar

2. Halia & Lengkuas

Paling mudah untuk bezakan ialah bau. Tapi kadang2 nasib memang tak menyebelahi kita. So, selain bau, boleh tengok pada urat.

Urat lengkuas lebih jelas, urat halia macam tersorok balik kulit. Lengkuas kembangnya jarak-jarak manakala halia gemuk dan rapat-rapat.

Cara lain nak bezakan ialah tengok pada longgokan. Halia biasanya longgok tinggi sebab demand banyak, lengkuas tak ramai pakai so kedai biasanya jual sikit-sikit.

Kunyit? klu isi kuning oren-oren tu confirm dah kunyit.

Jawapan
Kiri: Halia
Kanan: Lengkuas

3. Bayam Merah & Bayam Hijau

Bayam ada 2 jenis ya, Merah dan Hijau. So, kalau isteri pesan bawak balik bayam, jangan lupa tanya nak merah ke nak hijau. Barulah up sket imej kita ni.

4. Bunga Kubis & Kubis

Kubis pun ada 2 jenis. Bila isteri pesan belikan kubis, follow up dengan soalan, “Nak kubis bunga ke kubis biasa?”

Ataupun kau speaking terus, “Do you want cauliflower or cabbage?

5. Salad & Kubis

Jangan salah beli. Salad orang tak buat masak lemak. Kubis orang tak buat sandwich.

Jawapan
Kiri: Salad
Kanan: Kubis

6. Daun Kucai & Daun Bawang

Bezanya pada daun. Kucai halus-halus, orang buat masak dengan char kueh teow. Daun bawang ni tebal dan lohong.

Jawapan
Kiri: Daun Kucai
Kanan: Daun Bawang

7. Bell Pepper

Semua ni sama. Kalau isteri mintak beli cili benggala, jangan blur-blur cari kat bahagian cili besar.

8. Kailan & Sawi

Bezanya pada batang. Batang kailan keras dan bercabang. Sawi pula batangnya lembut dan bercantum di bawah. Biasanya sawi ni bawa balik, kita patah-patahkan saja batangnya dari stem.

Jawapan
Kiri: Kailan
Kanan: Sawi

 

tags: |