Sepanjang bulan Ramadan yang lepas, oven korang mesti dah banyak berkhidmat dekat dapur. Mana taknya, macam-macam resepi kuih raya nak dicuba, kan?
Memang seronok baking dan masak pelbagai juadah gunakan oven tapi bila dah kotor, susah betul nak hilangkannya.
Nak sental pun agak susah sebab keraknya mengeras pada bahagian dalam oven. Tapi, kita tak boleh biarkannya saja. Apa cara yang paling senan untuk bersihkan oven?
Kalau nak tahu, ada satu cara untuk bersihkan oven yang senang, kotoran dalam oven pun boleh terus lesap guna tips ni. Tengoklah hasilnya di bawah!
Cara ini juga boleh kembalikan seri oven korang, bersih berkilat macam baru beli. Jom kita semak tips bersihkan oven yang dikongsikan dari Chef Asma!
Tips Bersihkan Oven Supaya Bersih dan Berkilat Macam Baru Beli
Bahan-Bahan Yang Diperlukan :
- 2 cawan air (nak guna lebih pun boleh)
- 2 cawan cuka
- 1 cawan baking soda atau bicarbonate of soda
- Kain lap
- Botol spray
- Mangkuk
- Berus dawai periuk jenis kasar
Cara-Cara :
- Keluarkan semua perkakas dalam oven.
- Campurkan 1 cawan baking soda dengan 2 cawan air dan 2 cawan cuka ke dalam mangkuk. Jadikan campuran itu kepada cecair atau pes supaya mudah untuk disapukan pada permukaan kotor (Bila anda tuang cuka, bancuhan akan nampak berbuih).
- Sapukan cecair atau pes tadi pada permukaan yang kotor di dalam oven, baking soda akan bertukar warna jadi perang.
- Biarkan selama 12 jam atau semalaman supaya oven jadi lebih bersih. Anda pasti akan terkejut dengan hasilnya!
- Selepas dibiarkan 12 jam atau semalaman, ambil kain atau berus dawai dan gosokkan pada bahagian dalam oven sehingga tertanggal segala kotoran.
- Kemudian, lapkan oven hingga bersih. Bilaskan dengan sabun pencuci pinggan dan spray dengan air bersih.
- Selepas itu, lap oven sekali lagi dengan kain, mesti berkilat-kilat oven, macam baru beli!
Tips Bersihkan Permukaan Kaca (Pintu) Oven
- Sapukan campuran pes yang sama pada kaca pintu oven
- Biarkan selama 30 minit
- Gunakan kain buruk untuk lap dan bilas dengan air.
Nota : Jangan Switch On oven, nanti pecah cermin oven tu! Pastikan kering betul-betul baru boleh switch On. Bila ada air, oven boleh berasap tau!
Lagi satu, jangan simbah air pada kipas oven, lap saja permukaan dalam, pasti akan bersih.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang bersihkan oven dengan lebih mudah. Selamat mencuba!
Sumber : Chef Asma