Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Ramai Masak Bihun Faiza Jadi Hancur Dan Lembik? Ini Tips Betul Goreng Bihun Faiza Agar Menjadi Elok 

Ramai Masak Bihun Faiza Jadi Hancur Dan Lembik? Ini Tips Betul Goreng Bihun Faiza Agar Menjadi Elok 

Kategori: ,
tips goreng bihun faiza

Bihun goreng merupakan antara menu yang sangat sesuai dimakan pada bila bila masa sahaja. Sama ada pada waktu pagi, petang atau malam. Malah ramai dalam kalangan kita yang lebih memilih menu bihun sebagai makanan utama.

Bagi menggoreng bihun ini bukanlah sesuatu yang mudah dan bukan juga sesuatu yang susah. Nak menghasilkan bihun yang lembut, cantik dan enak dimakan ada caranya yang tersendiri. Malah setiap jenis bihun, lain rasa dan teknik masaknya juga turut berbeza.

Ada yang teksturnya lebih keras yang memerlukan ditambah air atau direndam terlalu lama namun ada juga yang perlu direndam sekejap sahaja. Antara bihun yang memiliki tekstur yang lembut adalah bihun berjenama Faiza.

Memandangkan sejak kebelakangan ini viral berkenaan dengan pengguna produk muslim ini gagal menyediakan bihun goreng yang menjadi dan cantik. Rupa-rupanya bihun Faiza ini mempunyai cara yang tersendiri untuk memasaknya. Untuk mengetahui teknik goreng bihun Faiza ini jom kita lihat perkongsian dari Norol’ain Mohd Noor ini.

Tips Goreng Bihun Goreng Guna Bihun Faiza

Ada tengok video post goreng bihun tak jadi beberapa hari lepas. Saja nak kongsi cara nak mengelak bihun putus. Ini cara saya ye bila goreng bihun.

  1. Guna garfu besar untuk kacau.
  2. Bihun tak payah rendam lama. Hanya 5 minit lepas tu terus tos. 
  3. Jangan masukkan air terlalu banyak semasa proses menggoreng. 
  4. Jangan kacau terlalu kerap. Proses kacau yang boleh membuatkan bihun putus. 
  5. Tutup seketika untuk proses melembutkan bihun. 
  6. Bolak-balikkan sahaja untuk bagi rata. 

Jadi bagi anda yang selalu gagal hasilkan bihun goreng yang cantik dan menjadi menggunakan bihun Faiza ini bolehlah ikuti tips di atas ini. Semoga sedikit sebanyak ia dapat membantu anda semua.

Semoga bermanfaat!

Kredit: Norol’ain Mohd Noor

Baca juga: 5 Tips Goreng Bihun Agar Menjadi Elok Dan ‘Sedap’ Pastinya! Tak Menyesal Punya Ikut Panduan Ni

tags: |