Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » “Cantik Kejadian..”, Wanita Ini Kongsi Tips Buat Adunan Semperit Susu Carnation Dengan Betul, Ramai Puji Cantik & Tersusun

“Cantik Kejadian..”, Wanita Ini Kongsi Tips Buat Adunan Semperit Susu Carnation Dengan Betul, Ramai Puji Cantik & Tersusun

Kategori: ,
tips buat adunan Semperit Susu

Semperit Susu merupakan antara biskut yang paling popular ketika Hari Raya. Dengan rasa berlemak dan datang dengan aneka warna yang cantik, sememangnya ia memikat hati si pemakan.

Biasanya, kami akan kongsikan resipi kuih dan biskut Semperit Susu kan? Tetapi untuk kali ini, kami akan kongsikan tips untuk buat adunan Semperit Susu Carnation yang cantik dan kemas supaya hasilnya tak comot.

Jom ikuti perkongsian Izzati Azahar ini. Tips buat adunan Semperit Susu yang dikongsikannya mendapat perhatian ramai apabila dia berkongsi biskut Semperit Susu Carnation yang dibuatnya dengan tersusun dan teliti.

“Cantik Kejadian..”, Wanita Ini Kongsi Tips Buat Adunan Semperit Susu Carnation Dengan Betul, Ramai Puji Cantik & Tersusun

  • Butter pastikan sejuk tapi lembut (bukan suhu bilik).
  • Pukul butter, gula dan susu sekadar sebati sahaja. Jangan sampai kembang.
  • Adunan pastikan lembut untuk mudahkan nak tekan tu.
  • Pewarna saya guna yang repack bakery sahaja. Pilih yang pekat. Ada sesetengah pewarna dia cair. Beli yang pekat okay. Warna tak perlu banyak pun, sebab lama-lama nanti warna dia akan naik dan cantik.
  • Guna acuan besi/tembaga (saya guna yang pecah 10 atau 11), untuk tapak daun bawah tu, acuan plastik kod 175.
  • Sebelum bakar anginkan sekejap.

tips buat adunan Semperit Susu tips buat adunan Semperit Susu tips buat adunan Semperit Susu tips buat adunan Semperit Susu

Haaa itulah tips buat adunan Semperit Susu yang diperlukan untuk membuat adunan Semperit Susu agar kejadian akhir cantik dan tersusun seperti gambar di bawah. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

Selamat mencuba!

Sumber: Izzati Azahar 

Baca juga: Resepi ‘Semperit Cheese Unicorn’ Tak Guna Mixer, Pakai Senduk Pun Jadi!

tags: | |