Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ini Dia 8 Tips Dan Cara Penyimpanan Daging Supaya Daging Kekal Segar Dan Tahan Lama

Ini Dia 8 Tips Dan Cara Penyimpanan Daging Supaya Daging Kekal Segar Dan Tahan Lama

Kategori: ,

Mungkin ada sesetengah daripada kita yang dapat banyak daging korban kan? Lepas tu tak sempat nak masak sebab terlalu sibuk memenuhi undangan orang atau pun memang tak ada masa nak masak. Jadi cara terbaiknya adalah simpan sahaja daging tersebut. Tapi apa yang anda perlu fokuskan adalah cara penyimpanan daging supaya daging tersebut tahan lebih lama dan kekal segar. Caranya mudah sahaja. Jom ikuti perkongsian daripada Nurasyikin Alia menerusi group facebook MAHN.

1.JANGAN BASUH DENGAN AIR PAIP

Daging yang anda hendak simpan tu jangan terus di cuci dengan air paip. Dikhuatiri kuman boleh masuk dan tinggal di dalam pori-pori daging. Hal tersebut akan merosakkan kualiti daging. Jadi disarankan masa nak masak nanti baru cuci.

2.ASINGKAN DAGING

Asingkan daging siap-siap. Misalnya daging batang pinang bekas lain. Tulang bekas lain, limpa satu bekas dan lain-lain pun begitu. Jadi kalau nak buat sup tulang tak payah pening dan cari merata. Bawa keluar bekas tulang tu je.

3.POTONGKAN SAIZ SEDIKIT KECIL

Kalau anda dapat daging dalam ketulan yang besar, jangan terus sumbat ketulan besar tu dalam freezer. Better potong dulu ikut saiz yang sederhana atau sedikit kecil. Kemudian masukkan ke dalam plastik atau bekas yang berasingan. Jadi nanti nak masak, keluarkan 1 bekas sahaja. Yang lain biarkan beku.

4.NO ‘PLASTIK HITAM’

Dari menggunakan plastik hitam untuk simpan daging, better guna plastik yang cerah atau bekas lain yang lebih selamat. Bukan apa, untuk situasi yang bukan hari-hari masak daging so nak simpan daging lebih lama di khuatiri plastik hitam tu ada bahan yang tak sesuai. Sama juga dengan surat khabar.

5.DINGINKAN DULU SEBELUM MASUK FREEZER

Sebelum masukkan daging dalam bahagian sejuk beku, masukkan dulu daging dekat bahagian chiller. Pastikan daging tersebut berada dalam bekas yang tertutup dan tak di campur dengan makanan lain.

6.PERAP SEBELUM SIMPAN

Ini adalah salah satu cara juga nak bagi daging tahan lama. Lebih-lebih lagi yang nak diet tu. Boleh potong daging ikut saiz daging salai dan perap siap-siap. Bahan perapan boleh guna kunyit, garam, bawang putih , rempah, blackpepper dan banyak lagi. Lagi menjimatkan masa anda untuk nak masak.

7.SIMPAN DALAM BEKAS YANG TERTUTUP

Mesti simpan dalam bekas yang tertutup atau plastik yang dah di ‘seal atau diikat kemas. Ini supaya daging tersebut tak tercemar dengan bakteria yang ada dalam peti ais. Sekaligus makanan lain juga tetap terjaga kualitinya.

8.SUHU FREEZER

Pastikan daging di simpan dalam freezer dengan suhu bawah 18 C. InshaAllah daging tersebut boleh disimpan lebih 3 bulan.

Sumber: Nurasyikin Alia Via MAHN

 

 

 

tags: | |