Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » 7 Tips Yang Anda Patut Tahu Supaya Jagung Yang Direbus Tak Liat & Kecut Bila Sejuk!

7 Tips Yang Anda Patut Tahu Supaya Jagung Yang Direbus Tak Liat & Kecut Bila Sejuk!

Kategori:
tips rebus jagung

Perasan tak jagung yang kebanyakan dijual oleh peniaga elok sangat rupanya. Bukan sahaja sedap malah apabila dah sejuk tetap gebu dan tidak liat. Tetapi apabila kita yang merebusnya terus tak cantik. Rasa pula lain macam. Tak sama dengan orang yang jual tu.

Jadi mungkin kita boleh praktikkan 7 tips merebus jagung ini supaya hasilnya sedap, empuk dan pastinya tidak keras walaupun dah sejuk.

Ini 7 Tips Merebus Jagung Yang Anda Perlu Tahu

1. Pilih jagung yang elok atau segar

Langkah pertama yang anda perlu buat adalah pastikan jagung yang anda nak beli tersebut masih segar dan elok rupanya. Nak tahu jagung tersebut segar atau tidak boleh tengok pada daunnya. Jagung yang segar boleh dilihat dari daunnya yang masih berwarna kehijauan dan bawah batangnya tidak berwarna coklat.

Manakala jagung segar yang sudah dibeli jangan biarkan di luar. Seeloknya simpan dalam peti ais bagi memastikan jagung tersebut tetap manis.

2. Jangan kupas/buang kulitnya

Sewaktu ingin merebus jagung, seeloknya jangan dibuang kulitnya agar jagung kekal segar dan tak mudah mengecut. Anda hanya perlu kerat hujung dan pangkal jagung serta buang kulit yang tua sahaja. Jangan lupa tinggalkan sedikit kulit yang muda bagi melindungi isi jagung. Barulah hasilnya lebih empuk dan berlemak!

3. Cara rebus jagung agar empuk

Masukkan air ke dalam periuk dan isikan lebih kurang separas dengan jagung. Kemudian biarkan mendidih dan baru masukkan jagung. Bila air dah mendidih semula, anda boleh kecilkan api dan rebus dalam keadaan api yang perlahan lebih kurang 5-10 minit.

4. Jangan masukkan garam terlalu awal

Kalau tak nak isi jagung yang direbus menjadi keras, liat setelah sejuk jangan masukkan garam terlalu awal. Seeloknya masukkan garam selepas jagung dah masak.

5. Tambahkan sedikit gula

Untuk memberikan rasa yang lebih manis, anda boleh masukkan sedikit gula semasa merebus jagung.

6. Jangan rebus terlalu lama

Jangan rebus jagung terlalu lama. Apabila air rebusan dah nampak kuning, terus matikan api. Jika terlalu lama jagung direbus ia akan mengakibatkan jagung mengecut dan tidak rangup.

7. Sapu mentega

Selepas jagung masak, anda bolehlah sapukan mentega dan taburkan sedikit garam atau sedikit serbuk lada putih agar rasanya lebih berlemak dan berbau wangi!

P/S : Nak rebus jagung lebih mudah? Mungkin anda boleh beli periuk di link Shopee di sini. Kalau rasa nak beli jagung, boleh beli di Shopee.

Baca juga : Teringin Jagung Manis Pasar Malam Tapi Malas Bersesak? Jom Buat Sendiri, Sangat Mudah Rasa Dia Memang 5 Star!

tags: |