Pisau ialah barang asas di dapur dan digunakan untuk memotong pelbagai jenis makanan, maka pemilihan dan cara penggunaan yang betul adalah sangat penting
Namun, pernahkah anda mengalami masalah-masalah di dapur yang biasa kita dengar seperti pisau tumpul sampai hilang mood nak memasak. Kalau kita kerap menggunakan pisau tersebut dan lebih-lebih lagi tidak menjaganya dengan betul, pasti ia akan tumpul juga. Tambahan pula, boleh menyebabkan luka di jari jika tersalah potong.
Jadi, bagaimana untuk memastikan ia sentiasa tahan lama dan elak dari cepat tumpul? Teruskan membaca artikel ini untuk tahu tips-tips untuk memilih pisau yang betul dan cara elak dari cepat tumpul.
Untuk pengetahuan anda, pisau mempunyai pelbagai saiz daan fungsinya tersendiri. Jika kita salah menggunakannya, pasti tidak tahan lama dan cepat tumpul. Cara memilih dengan betul ialah pastikan anda tahu yang mana lebih sesuai untuk memotong bahan-bahan basah seperti daging dan ayam. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang lain.
Contohnya, pisau roti digunakan untuk memotong roti kerana gerigisnya hanya sesuai untuk roti. Jangan pula kita sesekali menggunakannya untuk memotong ayam.
Pembelian pisau yang berkualiti sangat-sangat penting. Hal ini dapat membantu kerja memasak lebih berkualiti dan mudah. Elakkan dari beli yang diperbuat dari bahan yang mudah karat. Begitu juga, jauhi dari simpan di tempat yang lembap kerana ia membantu proses pengaratan.
Anda boleh membeli yang jenis stainless steal atau diperbuat dari bahan seramik supaya lebih seronok untuk digunakan. Pastikan bahagian memotong tersebut tajam.
Setiap hari pasti kita akan ke dapur untuk memasak dan akan kerap menggunakan pisau. Penting untuk kita sekali-sekala mengasah dengan pengasah yang betul. Kebiasaannya, pemotong bahan-bahan kering perlu diasah dengan lebih kerap.
Penjagaan yang betul membantu ketahanan sesuatu pisau tersebut. Selepas menggunakannya, dinasihatkan untuk membasuh dengan pencuci pinggan dan span yang bersih. Kemudian, lap dan keringkannya agar air dari basuhan tadi tidak menyebabkan kekaratan. Selepas itu, simpan di tempat yang kering dan sesuai seperti kabinet agar selamat dan tahan lama.
Kesimpulannya, sebelum memulakan adegan masak kita di dapur, pastikan pisau telah dibahagi-bahagikan mengikut keperluan agar tidak tersalah cara penggunaan dan pastikan menyimpan dengan betul. Pastikan gunanya dengan betul supaya pisau tahan lebih lama dan tidak mudah berkarat.
Kredit: impian.my
Baca juga: Cara Mudah Hilangkan Getah Pisang Atau Nangka Pada Pisau Kesayangan Anda