Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Tak Suka Lendir Bendi? Ini Tips Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir & Kekal Rangup

Tak Suka Lendir Bendi? Ini Tips Goreng Bendi Supaya Tak Berlendir & Kekal Rangup

Kategori: ,
lendir bendi

Ramai yang suka makan bendi goreng kan? Tapi jika salah cara masak, sayur ini akan jadi berlendir. Memang spoil mood betul orang kata. Lendir itu akan menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup.

Jadi untuk elakkan sayur bendi yang digoreng menjadi seperti yang sedemikian, boleh ikut tips yang dikongsikan oleh Mohd Rozmie ini.

6 tips untuk goreng bendi ni supaya tak berlendir semasa digoreng

1. Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.

2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh jer keringkan dengan tisu dapur. Jangan di potong lagi bendi tu.

3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.

4. Masa nak masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal buatkan bendi tu berlendir lebih.

5. Masa masukkan bendi dalam kuali, baru di besarkan api, jadi goreng dalam keadaan api sedikit besar.

6. Jangan dimasukkan sedikit pun air dalam bendi yang di goreng tu sebab bendi tu sendiri akan berlendir. Kalau di tambah air menyebabkan lendir tu makin banyak.

Resipi Bendi Goreng Bilis

Bahan-bahan:

  • Bendi
  • 1 keping tauhu putih
  • Ikan bilis (segenggam)
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • Garam

Cara-cara:

  1. Ini bahan-bahan yang abang telah sediakan.
    – Segengamikan bilis di cuci bersih.
    – Tauhu potong dadu.
    – Bawang putih potong kasar atau diketuk
    – Cili merah potong serong nipis.
  2. Panas minyak dalam kuali.
  3. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
  4. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
  5. Bila tauhu dah keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ni garing sedikit. Masa ni masukkan sedikit garam, adjustkan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis tu dah masin.
  6. Masukkan bendi yang dah di potong dan cili merah, baru di besarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi. Terlupa pula abang nak ambil gambar masa masukkan cili merah. Kahkahkah
  7. Dah siap ‘Bendi Goreng Bilis’ abang ni.
  8. Siap dihidang dah ni. Wahhh. Nampak bendi tu segarkan.

Kredit: Mohd Rozmie

Baca Juga: Petua Masak Sayur Lemak Putih Agar Terlampau Sedap, Jangan Kisar Tapi Tumbuk Bahan Ini!

tags: |